CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3082|Reply: 13

Amalkan petua ini jika anda menghidap penyakit gout

[Copy link]
Post time 21-3-2021 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by evataso at 21-3-2021 09:47 PM

MESKIPUN kita tidak dapat menjangkakan bila penyakit gout bakal berlaku, namun terdapat beberapa langkah yang boleh anda lakukan bagi mengelakkkan diri anda daripada diserang penyakit tersebut.
Tidak lain tidak bukan, dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Memetik laporan Practical Pain Management, ini merupakan beberapa petua yang boleh anda ikuti bagi mencegah serangan gout termasuk komplikasi gout seperti penyakit buah pinggang dan penyakit jantung.

Gout adalah sejenis penyakit yang telah lama dikenal pasti sejak 2,000 tahun lampau dan dikatakan sebagai salah satu penyakit tertua. Ada yang menggelarkan gout sebagai penyakit orang kaya kerana kebanyakan penghidap penyakit ini disebabkan amalan pemakanan mereka yang tiada kawalan dalam pengambilan asid urik.

Asid urik merupakan kumuhan yang terhasil daripada protein purin dan apabila asid ini berlebihan dalam badan, ia akan terkumpul dalam kawasan sendi seperti kawasan ibu jari, belakang kaki, buku lali, lutut dan beberapa kawasan sendi lain. Dahulunya, ia sukar dikawal oleh kerana kemudahan perubatan yang terhad sehingga menyebabkan kemudaratan dan kecacatan kepada penghidap gout.

Namun kini, pelbagai alternatif telah diperkenalkan sama perubatan moden mahupun tradisional yang menggunakan bahan semula jadi sebagai ramuan utama dalam perawatan.

Simptom dan punca penyakit gout
-----------------------------------
Gout merupakan penyakit arthritis yang berpunca daripada Hyperurucemia iaitu aras plasma urate (asid urik) melebihi bacaan 420 μmol/L (7.0 mg/dL). Ia adalah asbab utama kepada gout, namun, terdapat sesetengah kes yang melibatkan bacaan asid urik tinggi yang tidak bermakna seseorang itu pesakit gout.

Jika ia dikategorikan dalam jantina, peratusan lelaki untuk menghidap penyakit ini adalah lebih tinggi berbanding perempuan. Penyakit ini dikatakan akan menyerang wanita hanya selepas menghadapi proses menopous.

Gout akan berlaku apabila kaki menjadi bengkak panas dan terasa sakit sehingga menyebabkan pesakit tidak mampu untuk bergerak malahan akan berlarutan sehingga beberapa hari atau sehingga pesakit mengambil ubat tahan sakit bagi mengurangkan kesakitan yang dialami.

Macam mana nak tahu kalau terkena gout?
Kaki bengkak dan sakit di buku lali ialah symptom utama peringkat acute gout. Gout adalah keradangan yang berlaku pada bahagian sendi disebabkan pengumpulan asid urik dikawasan tersebut. Pesakit selalunya akan mengadu kesakitan yang melampau pada sendi yang terlibat terutamanya pada bahagian ibu jari kaki.

Selalunya ia akan menyebabkan sendi tersebut bengkak, merah, sakit dan rasa panas apabila dipegang. Disebabkan kepekatan asid urik yang tinggi di dalam darah, ia boleh meresap masuk ke kawasan sendi dan terkumpul menjadi kristal. Kristal inilah yang akan menyebabkan keradangan pada sendi tersebut.

Rawatan gout melalui kaedah pencegahan
Apabila diserang atau terdedah dengan risiko penyakit gout, anda pastinya ingin mencari rawatan gout alternatif yang mujarab dan murah. Disini mari kita terokai bersama beberapa info menarik mengenai rawatan gout yang menerapakan bahan semula jadi sebagai bahan utama dalam perawatan.

Cuka Epal Cider
Dalam rawatan gout, salah satu bahannya adalah cuka epal cider. Ia bukan hanya mampu merawat penyakit gout, tetapi cuka ini juga boleh digunakan untuk merawat sakit kepala dan artritis. Asid yang ada dalam cuka ini dapat membantu melegakan kesakitan akut (acute pain).

Bagi mendapatkan tindakan balas yang positif, anda boleh menambahkan madu dengan cara mencampurkan satu sudu teh cuka cider bersama madu ke dalam segelas air dan amalkan ia sekurangnya 2-3 kali sehari.

Selain daripada cuka, buah epal dijadikan jus minuman dalam menyembuh dan merawat pelbagai penyakit. Untuk rawatan gout, ia mampu meneutralkan asid urik dalam badan dan boleh diamalkan setiap hari untuk mempercepatkan penyembuhan.

Halia
Kandungan anti-radang yang terdapat dalam halia mampu melegakan kesakitan dan keradangan pada badan. Dengan mengamalkan minuman dan makanan berasaskan halia, ia mampu merawat pelbagai penyakit termasuklah penyakit gout. Dengan menggunakan halia, ia boleh dijadikan bahan utama dalam penyediaan menu masakan seperti sup, kari dan sebagainya.

Antara kaedah atau petua yang boleh dipraktikkan dalam usaha rawatan gout, anda boleh mencampurkan halia bersama serbuk halba dan kunyit dengan air suam. Amalkan minuman ini dua kali sehari secara konsisten bagi mendapatkan kesan yang positif dan baik.

Selain itu, anda juga boleh menambahkan halia dalam minuman atau air panas bagi mengurangkan toksik dan angin dalam badan. Ambil minuman ini sekurangnya sekali sehari. Ada juga yang mengamalkan penggunaan halia dengan cara menjadikan ia sebagai pes dan dicampurkan sedikit air.

Sapukan pes tersebut pada kawasan yang sakit. Biarkan selama lebih kurang setengah jam. Amalan ini boleh dilakukan setiap hari sekali.

Ceri
Anti-oksidan yang ada pada buah ceri dapat rawatan gout sama ada ia manis atau masam. Kandungan antosianin pada ceri mampu mengurangkan keradangan dan melegakan kesakitan akibat gout. Cara terbaik adalah dengan mengambil 15 hingga 20 biji ceri sehari dan ia boleh diamalkan setiap pagi sebagai kudapan sarapan.

Anda juga boleh mengamalkan minuman jus ceri hitam setiap hari dengan menambahkan beberapa ulas bawang putih yang dicincang bagi mendapatkan tindak balas yang baik sekaligus mengurangkan kesakitan yang dialami pesakit gout.

Ia amat digalakkan bagi pesakit gout dalam mengamalkan pengambilan buah ceri setiap hari bagi membuang angin dan toksik asing dalam badan. Buah ceri ini juga dapat mengurangkan keradangan. Anda harus mengamalkan setiap hari untuk kesan yang terbaik bagi menguatkan sistem imunisasi.

Jus Lemon
Bagi melegakan sakit gout, anda mengambil jus lemon yang berupaya meneutralkan semual asid urik yang tidak diperlukan dalam badan. Petua rawatan gout ini amatlah mudah dengan hanya mencampurkan jus lemon segar bersama serbuk penaik sebagai minuman. Selain daripada lemon, anda juga boleh menggantikan dengan buah-buahan lain yang diperkaya dengan vitamin C yang bertujuan menguatkan tisu dalam badan.

Cara penyediaan bahan minuman jus lemon bersama serbuk penaik adalah dengan cara mencampurkan 1 biji lemon yang diperahkan jusnya bersama satu setengah sudu teh serbuk penaik. Biarkan selama beberapa saat sehingga bunyi berdesis hilang dan masukkan kedua-dua bahan tersebut ke dalam segelas air.

Minum segera bagi mendapatkan hasil yang terbaik dan amalkan setiap hari jika mahukan kesan yang pantas. Selain itu, rawatan boleh dilakukan dengan cara menambahkan separuh jus lemon ke dalam segelas air dan ambil minuman ini sebanyak tiga kali sehari.

Timun
Jus timun mempunyai kelebihan dalam mengurangkan asid urik dalam badan. Terdapat kajian yang telah membuktikan bahawa timun dapat meredakan suhu badan yang panas dan sifat meneutralkan juga dapat meredakan kesakitan pada sendi-sendi akibat penyakit gout.

Timun juga boleh dijadikan rawatan semula jadi sebenar dalam memulih dan merawat pelbagai penyakit biasa dihidapi semua orang. Antara cara untuk mengamalkan timun ini ialah dengan menjadikan timun sebagai snek dan diambil setiap hari. Selain itu, melekapkan potongan timun yang nipus pada kawasan yang terkena gout.

Kemudian biarkan selama 15 minit sebelum membilas dengan air suam. Anda boleh mencuba petua ini sendiri bagi mendapatkan hasil yang baik untuk melegakan kesakitan.

Pisang
Pisang juga antara buahan yang baik dalam rawatan gout, ini kerana kandungan kalsium yang tingi pada pisang mampu menukarkan Kristal asid ke bentuk cecair yang boleh dirembeskan dari badan melalui sistem perkumuhan. Jumlah vitamin C yang sederhana amat berguna dalam mengurangkan bengkak dan kesakitan pada kawasan yang terjejas.

Dengan mengamalkan pengambilan pisang dalam menu pemakanan harian sudah memandai untuk rawatan gout. Hanya dengan mengambil 1-2 biji pisang setiap hari atau dengan mencampurkan sebiji pisang bersama yogurt untuk melancarkan proses rembesan asid dalam badan dan juga mampu mengelakkan daripada cirit birit.

Serbuk Penaik
Serbuk penaik berupaya mengurangkan asid urik dalam badan yang menjadi punca utama kepada penyakit gout dan mampu melegakan kesakitan akibat keradangan tersebut. Justeru, anda harus memastikan bahawa serbuk penaik sentiasa ada di rumah anda sebagai penawar semula jadi kepada pelbagai penyakit.

Dengan penggunaan serbuk penaik, tanda-tanda ke arah penyakit gout juga dapat disingkirkan daripada badan kita. Kaedah dalam penyediaan ramuan serbuk penaik dalam rawatan gout ialah mencampurkan satu setengah sudu teh serbuk penaik bersama air.

Amalkan sebanyak 4 kali sehari dan diingatkan jangan ambil lebih dari itu serta lakukan secara konsisten selama 2 minggu. Adalah diingatkan juga, jika anda berusia 60 tahun dan ke atas, anda disarankan untuk mengamalkan petua ini hanya sebanyak 2-3 kali sehari.

Ini bagi megelakkan risiko tekanan darah tinggi dan ia sangat berbahaya kepada nyawa anda jika anda tidak mengikut saranan ini. Tetapi sebaiknya, anda elakkan diri daripada menggunakan kaedah ini.

Daun/biji Saderi
Dalam merawat penyakit gout, daun saderi juga boleh dijadikan minuman berjus. Saderi diperkaya dengan anti-oksida dan polisakarida yang tinggi yang mampu meredakan kesakitan dan keradangan akibat penyakit gout. Bagi memperbaiki sistem imunisasi badan, anda boleh tambahkan saderi dalam makanan.

Selain itu, anda juga mengamalkan teh biji saderi setiap hari dengan cara menumbuk 3-4 biji saderi dengan mencampurkan bersama air panas. Saderi juga dapat membantu menyihatkan badan terutama melawan kerosakan akibat radikal bebas atau tekanan oksidatif yang membawa kepada risiko keradangan berlaku.

Kebiasaannya ia akan mengakibatkan penyakit yang lebih kronik seperti kanser, jantung dan lain-lain penyakit.

Ada beberapa pengkaji telah membuktikan saderi mengandungi pelbagai jenis anti-oksidan, antaranya, asid fanolik, asid kaffeik dan asid ferulik. Saderi sangat bermanfaat dalam merawat pelbagai penyakit akibat dari keradangan seperti penyakit sendi, gout, dan buah pinggang serta jangkitan hati, masalah kulit dan sebagainya.

Garam Epsom
Garam Epsom merupakan bahan yang sangat berguna untuk merawat penyakit gout dari rumah sahaja dan ia juga mampu merawat lain-lain bentuk arthritis yang dihidapi oleh sesetengah orang. Kadar magnesium yang tinggi dalam garam Epsom berupaya mengawal tekanan darah tinggi dan jantung.

Garam ini digunakan dalam rawatan gout adalah dengan merendamkan kawasan badan yang terjejas dalam rendaman air suam bercampur garam Epsom bagi melegakan kesakitan dan sengal-sengal pada otot.

Berikut adalah teknik yang digunakan untuk penyedian air mandian garam Epsom falam merawat penyakit gout. Langkah pertama ialah dengan memasukkan sebanyak 300mg garam Epsom ke dalam tempat mandian dan masukkan air panas. Kemudian, rendamkan badan dan bilas menggunakan juga air panas.

Amalkan mandian ini sebanyak 2-3 kali seminggu. Bagi mereka yang tidak menghidap penyakit gout, anda juga boleh mempraktikkan kaedah ini sebanyak seminggu sekali bagi menghalang keradangan dan masalah kulit.

Arang Aktif
Arang aktif sangat terkenal dengan keupayaan menyerap asid urik yang dihasilkan oleh badan dan sangat selamat digunakan untuk merawat penyakit gout. Bagi pesakit gout, anda boleh mencampurkan arang aktif ini dalam mandian dan mengamalkan mandian ini sekurangnya dua kali seminggu.

Cara penyediaannya ialah dengan mencampurkan satu setengah cawan serbuk arang bersama air untuk menjadikan pes arang. Masukkan pes tersebut ke dalam air mandian. Gunakan bahan tersebut untuk merendam bahagian badan yang sakit lebih kurang setengah jam dan ia terbukti berkesan dalam memulihkan penyakit gout pada sendi kaki dan buku lali.

Bagi lain-lain bahagian, ia sesuai disapukan sahaja dan biarkan selama setengah jam dan bilaskan dengan air suam. Lakukan amalan ini sebanyak dua hingga tiga kali seminggu dan sangat bagus jika ingin merawat penyakit gout dengan pantas dan pada waktu yang singkat.

Air Sejuk
Air sejuk juga mempunyai kebolehan dalam merawat dan mengurangkan kesakitan dan keradangan kulit akibat penyakit gout. Anda hanya perlu merendamkan bahagian yang sakit dalam bekas mandian berisi air sejuk. Tetapi, anda dilarang menggunakan ais secara terus pada kulit, ini kerana ia akan merosakkan kulit dan akan mengeruhkan keadaan anda menjadi lebih teruk.

Bagi yang menghadapi masalah sendi bengkak dan keradangan, berendam dalam air sejuk selama 10 hingga 15 minit dan ulangi proses ini sebanyak beberapa kali sehari. Anda juga boleh menggunakan paket ais selama 15 minit.

Sebelum itu, anda perlu membalut paket ais tersebut dengan tuala kecil dan lekapkan pada bahagian yang memerlukan rawatan. Amalkan kaedah ini dua kali sehari. Namun, anda perlu elakkan pengggunaan secara berlebihan kerana ia akan mendatangkan risiko penghabluran asid urik.

Dalam merawat secara dalaman pula, air sangat penting dalam membantu buah pinggang untuk menghilangkan kadar asid urik berlebihan dalam saluran darah anda. Sekurangnya 8 gelas sehari, namun kuantitinya air yang diperlukan juga bergantung kepada saiz badan, tahap keperluan, aktiviti seharian dan keadaan cuaca semasa.

Selain daripada air masak, anda boleh mempelbagaikan jenis minuman kepada yang berperisa tetapi mempunyai khasiat iaitu jus buah-buahan dalam usaha penamabahan vitamin dan mineral yang mencukupi untuk tubuh badan yang sihat dan bertenaga.

Tabiat pemakanan rahsia disebalik rawatan gout
Ini adalah salah satu faktor utama ke arah penyakit gout. Ini kerana pemakanan yang tiada kawalan dan terlalu banyak pengambilan purina yang tinggi dalam badan. Bagi mengelakkan ia berlaku, anda seharusnya memperbaiki semua diet pemakanan anda dan periksa semula apa yang patut dan tidak patut dijadikan amalan pemakanan harian anda.

Sebaiknya anda harus seimbangkan semua jenis nutrient dan elakkan protein yang berlebihan sehingga mengurangkan pengambilan nutrient yang lain.

Pengambilan daging dalam kadar yang bersesuaian dan lebih baik mengurangkan pengambilan daging merah dan makanan ringan. Selain itu, anda perlu mengelakkan diri dari mengambil organ dalaman haiwan seperti hati dan jantung.

Bagi mengurangkan risiko gout yang lebih cepat, anda harus kurangkan makanan laut terutamanya ketam, kupang dan udang dalam pemakanan anda. Produk tenusu yang mengandungi rendah lemak amatlah digalakkan bagi mencegah penyakit gout.

Daripada semua bahan semula jadi yang disenaraikan, anda boleh melakukannya sendiri dirumah tanpa mengeluarkan kos yang tinggi dan ia sangat mudah dilakukan. Ia juga sedikit sebanyak mencegah daripada penyakit yang lain juga.

Anda disarankan untuk mendapatkan juga nasihat daripada doktor bagi mengelakkan kesan yang lain jika anda mengamalkan ia secara berlebihan. Sememangnya bahan semula jadi itu banyak memberi manfaat jika digunakan secara sederhana dan jika digunakan secara tidak terkawal, ia tetap akan memberi mudarat kepada diri anda.

Jadi, jaga diri anda sebaiknya dengan menjaga pemakanan dan mencegah sakit itu adalah lebih baik daripada anda harus merawat dengan cara yang menyakitkan diri. Makan apa sahaja yang anda mahu tetapi kesihatan jangan dilupakan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2021 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenas.. Bagus juga.. Esk nak order nenas la dari foodpanda
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Bapak kwn aku mula2 gout..lps tu dpt penyakit buah pinggang terus gout pn hilang..sakit giler gout bila tgk
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 21-3-2021 02:20 PM
Nenas.. Bagus juga.. Esk nak order nenas la dari foodpanda

Ya betul, nenas pun bagus utk orang yg ada gout, mak saya lepas amalkan makan nenas penyakit gout dia dah kurang dah. Kalau tak dia selalu ngadu sakit skrg tak dah. Kalau dapat nenas manis bermadu sedap oo, cicah pula dgn sambal rojak yum yum.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
pinklepie replied at 22-3-2021 12:48 AM
Ya betul, nenas pun bagus utk orang yg ada gout, mak saya lepas amalkan makan nenas penyakit gout  ...

Hahahaa.. Kannn.. Mmg sedap.. Kena pulak nenas siamm.. Nyum2..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 21-3-2021 11:15 PM
Hahahaa.. Kannn.. Mmg sedap.. Kena pulak nenas siamm.. Nyum2..

Haha akak ni buatkan pinkz terliur pulak, nanti nak p cari nenas lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2021 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
pinklepie replied at 22-3-2021 10:17 AM
Haha akak ni buatkan pinkz terliur pulak, nanti nak p cari nenas lah

Hahaha... Cicah dgn serbuk asam pun sedap..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 22-3-2021 05:10 AM
Hahaha... Cicah dgn serbuk asam pun sedap..

Ha'ah nenas sejuk cicah asamboi pun sedap. Selalu beli bila singgah rnr atau kt terminal bas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2021 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
pinklepie replied at 22-3-2021 03:09 PM
Ha'ah nenas sejuk cicah asamboi pun sedap. Selalu beli bila singgah rnr atau kt terminal bas.

Nikmatnya tak terkata.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Oo... Air sejuk / nenas / jus buah eh... tqtq. Mmg tgh mncari info psl gout pun.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ambo amalkan mengambil tablet  celery  plus 2 hari sekali  utk gout ambo. Dan jangan lupa banyakkan eksesais
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 07:38 PM | Show all posts
good info
preventives is important
jika still dapat high uric acid dalam blood despite usaha2 diatas, maka nak tak nak kena juga ambil Allopurinol
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa2 yg ada penyakit gaut bolehlah cuba.. semoga cpt sembuh!
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga bermanfaat tq tuan tanah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.374525 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list