CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1793|Reply: 0

EMAS SEBAGAI SIMPANAN ?

[Copy link]
Post time 22-3-2021 01:50 PM | Show all posts |Read mode
Emas sangat sesuai untuk simpanan jangka panjang . Harga emas turun tu normal ,tapi kenaikan harga emas memang pasti.
Ada yang nampak emas hanya sebagai "Buy Low Sell High" - untung pada duit..
.
Tapi tidak melihat bagaimana emas dapat membantu

1. Masalah kebocoran duit
masalah duit ni , terutama kalau disimpan di Bank, ASB ,TH , emosi berbelanja tu memang sangat kuat.Tapi bila tukarkan duit tu dalam bentuk emas, sifat emas ni mmg sangat sayang dijual , susah dilepaskan. Jadi sedar tak sedar emasnya (yg juga duit) semakin bertambah. Lebih lebih lagi yg memang ada masalah tiada simpanan kecemasan (yg suka korek2 simpanan) , emas adalah tools paling bagus untuk menyimpan

2.Simpanan Jangka Panjang
Ya, harga emas memang akan dinampak turun naik dalam tempoh setahun dua tahun. Tapi sejarah membuktikan emas harga tetap dalam potensi menaik. Sebenarnya bukan harga emas yang naik , sebenarnya kuasa beli duit RM la yang menurun. Duit RM ni makin hari makin dimakan inflasi. kalau setahun dikatakan 1-2% , 10 tahun bermaksud 10-20%. Ini belum lagi dikira penurunan RM vs USD dan negara Asean yang lain. Tahun 2015, RM turun nilainya sehingga 30% dalam tempoh setahun dan tiada petanda RM kita semakin kuat. Makin menurun ada. Kalau hari ni kita simpan RM10,000 , 10 tahun akan datang walaupun angkanya menaik (tambah dividen etc) , sebenarnya nilai kuasanya belinya semakin rendah. Diam diam duit kita dicuri oleh inflasi.
Emas sebenarnya nampak evergreen, tapi sejak bertahun tahun, harga emas dapat mengekalkan nilainya. Kalau 1400 dulu 1 dinar boleh beli seekor kambing , hari ni pun masih dapat membeli seekor kambing (1 dinar = 4.25gram = RM1000 +)
Kalau sekarang RM1000 yg kita simpan , adakah anda pasti RM1000 tu boleh beli kambing juga? ya,mungkin boleh , tapi saiznya semakin kecil. Sama seperti karipap. kalau dulu RM1 boleh beli 3-4 karipap , hari ni mungkin boleh beli , tapi saiznya dan intinya paling banyak oksigen.

3.Pertahanan Ketika Gawat / Muflis / Peperangan
Kalau anda ingat tahun 1997-1998 , rasa bagaimana nilai duit kita menurun? Pernah dengar cerita org yg bermain saham , jutawan dengan saham tapi last last muflis dengan saham. Ini kerana nilai semua hanya bersandarkan angka.Kalau hari ni beli saham dengan nilai RM10K pun , kalau tiba2 saham turun 100% , duitnya ang tinggal hanya O.
ini berbeza dengan emas , turun macam mana pun harga emas , emas tetap dipandang dari gramnya dan ketulenannya.
.
Oleh kerana emas tidak termasuk dalam sistem kewangan (kecuali emas pelaburan di Bank ) , kalau anda muflis , harta - harta yang lain akan dibekukan, tetapi tidak emas. Emas ini lah penyelamat tempoh ini - boleh dijual atau boleh digadai. Sebab bila muflis , nak buka buku akaun pun susah. Jadi nak cekau duit dari mana lagi?
.
Emas juga sangat berguna ketika peperangan. RM tidak bernilai kalau ada peperangan. Duit Dinar Iraq (kertas) , tidak bernilai dimana mana negara kalau ditukarkan. Tetapi tidak emas. Bawalah kemana. pasti negara tempat kita pergi tu akan terima emas sebagai tools jual beli.


Emas bukan segalanya , tapi emas sangat membantu bagi sesiapa yang dikategorikan "tidak pandai menyimpan". Selalunya tidak menyimpan kerana tidak pandai mengurus simpanan.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.080157 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list