CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2143|Reply: 2

Pandemik Dorong Wanita Kejar Impian Buka Perniagaan Roti

[Copy link]
Post time 24-3-2021 09:43 AM | Show all posts |Read mode

Sutton-Jones dan suaminya, Jesse buka kedai roti setahun selepas perintah berkurung di Britain. (Gambar AFP)


FMT

Pada mulanya, wanita ini hanya membuat roti masam atau “sourdough bread” secara suka-suka di rumah ketika perintah berkurung dilaksanakan di Britain pada Mac tahun lalu.

Bagaimana pun, setahun kemudian, Sophia Sutton-Jones tidak menyangka dia akhirnya membuka perniagaan rotinya sendiri.

“Saya pernah memikirkan untuk membuka kedai roti tetapi tidak ada keberanian untuk memulakannya,” katanya kepada AFP.

Sutton-Jones, 29, kini dibantu suami, Jesse, 28, bersama lebih sepuluh pekerja dengan menjual pelbagai jenis roti, pastri serta kek.

Segalanya bermula ketika Mac tahun lalu apabila wanita itu yang juga anak kepada pembuat roti, membuat rotinya untuk diedarkan kepada jiran.

“Ayah menceritakan kepada rakan mengenainya dan tidak lama selepas itu terdapat 12 orang menunggu roti kami di perkarangan rumah,” katanya.

Pasangan yang menjual peralatan memasak secara online sebelum pandemik, turut menghantar tempahan roti dengan menaiki basikal ke kawasan kejiranan sekitar utara London.

Namun, Sutton-Jones berkata, ia kurang praktikal untuk membuat roti di dapur rumah kerana ruangnya yang sempit dan sukar diurus.


Caption: Sutton-Jones mendapat kepuasan apabila melihat pelanggan gembira menikmati roti dan pastri dari kedainya. (Gambar AFP)


“Kami menggunakan ruang makan sebagai tempat membuat roti manakala bilik tetamu pula dijadikan stor. Jika anda ke rumah kami sebagai tetamu, mungkin terpaksa tidur di atas guni tepung,” katanya.

Didorong dengan semangat yang tinggi, mereka kemudiannya mengumpul dana daripada orang ramai untuk mula berniaga.

Mereka berhasrat mengumpul 25,000 pound (RM142,584) tetapi berjaya mendapat 33,000 pound (RM188,206) sebelum membuka kedai ‘Sourdough Sophia’ pada Januari lalu.

Selain itu, Sutton-Jones berkata, dia sedar dengan risiko berniaga ketika pandemik namun wanita itu tidak menyesal.

“Saya mendapat kepuasan yang bermakna apabila melihat pelanggan gembira menikmati roti dan pastri dari kedai ini. Perintah berkurung ini menyebabkan kita terfikir mengenai apa yang menjadi keutamaan.

“Bagaimana jika sesuatu berlaku kepada kita? Bukankah kita sepatutnya mengejar impian sendiri ketika ini? Apa pun boleh berlaku,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2021 12:05 PM | Show all posts
bestnya...kat malaysia ni ok ke kalau buat gini?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 12:08 PM | Show all posts
@Scheherazade  ce tgk ni ..mybe awak boleh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.584462 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list