View: 1644|Reply: 0
|
Skuter sentuhan prestij
[Copy link]
|
|
Skuter sentuhan prestij
BOON Siew Honda menawarkan Honda Forza 250cc Serba Baharu yang sudah boleh ditempah daripada pengedar sah Honda terdiri daripada Honda BigWing, Impian X dan Impian di seluruh negara.
Sebelum ini, ia ditawarkan dengan enjin 300cc, namun untuk disesuaikan dengan pasaran, edisi 250cc dilancarkan bagi menambah pilihan untuk peminat skuter maxi di negara ini.
Antara kelebihan motosikal 250cc berbanding 300cc ialah pengguna tidak perlu menaik taraf lesen kepada B kerana kelas B2 sudah memadai.
Untuk skuter ini, rekaan luarannya tampil dengan elemen agresif dan aerodinamik.
Ia dilengkapi enjin 250cc eSP + (enhanced Smart Power) dan dengan ciri sejukan cecair, skuter ini antara yang terbaik dalam kelasnya.
FORZA 2021 kini dengan enjin 250cc.
Ia menjana kuasa 22PS pada 7,750 rpm dan tork 22.6Nm pada 6,250 rpm selain transmisi automatik CVT dengan kapasiti bahan api, 11.7 liter.
Antara elemen menarik ialah pelindung angin bersaiz 180 milimeter (mm) yang boleh dilaras dengan kuasa elektrik.
Inovasi ini adalah yang pertama dalam kelasnya.
Seperti versi Forza sebelum ini, pelindung yang boleh diturun naik ini juga memberikan kemudahan kepada penunggang untuk keselesaan sepanjang perjalanan bagi mengurangkan rintangan dan bunyi angin.
PILIHAN warna merah candy rosy.
SEMUA lampu adalah LED.
RUANG pengesan USB.
Forza 250cc ini juga didatangkan dengan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) yang akan menyala secara automatik jika penunggang membrek secara mengejut.
Ia turut didatangkan dengan pengecas USB pada konsol hadapan.
SISTEM kunci pintar.
Untuk ciri termaju, ia dilengkapi ciri seperti Kawalan Tork Boleh Pilih Honda (HSTC) yang boleh dilaras dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) hadapan dan belakang.
Ia datang dengan tiga pilihan warna iaitu hitam metalik matte gunpowder, putih mutiara horizon dan merah candy rosy.
Untuk pasaran Malaysia, ia dijual pada harga RM25,388 (atas jalan tanpa insurans) dengan dua tahun jaminan pengeluar atau 20,000 kilometer (km) yang mana lebih dahulu.
SUMBER : https://www.hmetro.com.my/vroom/ ... er-sentuhan-prestij
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|