Kale dah ada kanser...lagi le cepat bila stres...jgn stres2...
"Stress mempercepatkan proses kanser"“tekanan perasaan, stress melampau, trauma, kehilangan dan kemurungan boleh mempercepatkan proses kanser yang sudah sedia ada” - Prof. Dr. Sedat Özkan03.02.2015 ~ 01.04.2021
[url=][/url]
208973
Menurut kenyataan seorang Pakar di Jabatan Perhubungan Psikiatri Hospital Memorial Şişli, Prof. Dr. Sedat Özkan, tekanan perasaan, stress melampau, trauma, kehilangan dan kemurungan boleh mempercepatkan proses kanser yang sudah sedia ada; dalam minda mereka masalah yang tidak boleh diselesaikan menjejaskan kesihatan rohani; pada masa yang sama menyebabkan hormon yang melemahkan sistem imun.
Özkan pada Hari Kanser Sedunia 4 Februari lalu menjelaskan kajiannya dengan memberitahu, jumlah pesakit kanser meningkat setiap hari. Mengikut perangkaan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan mendapati kemungkinaan di tahun 2030; 22 juta pesakit diramalkan menghidapi kanser. Melihat pada keadaan ini, satu tindakan rawatan menyeluruh menentang kanser perlu diadakan.
Dalam masa menerima rawatan fizikal, kesihatan rohani juga perlu diambil berat kerana ia juga merupakan faktor penting. Özkan menyatakan rohani dan mental adalah satu perkara yang sama, badan yang tidak sihat mempengaruhi kesihatan mental, ia menggambarkan semangat dan dalam satu semangat yang berada dalam keadaan dukacita; ia boleh menyebabkan pengaruh negatif masuk ke dalam badan melalui saluran otak.
Özkan sekali lagi menegaskan betapa penting kesihatan rohani seseorang individu ketika dalam menangani masalah kanser yang hadapi.
“Tekanan emosi, stress melampau, trauma, kehilangan dan kemurungan pada seorang penghidap kanser boleh mempercepatkan kanser merebak; dalam minda mereka masalah tidak dapat diselesaikan menyebabkan kesihatan mental terjejas dan hormon pula boleh melemahkan sistem imun” katanya lagi.
Tambah Özkan sokongan psikoloji diberikan ke atas pesakit kanser adalah antara jalan bagi membantu menangani pesakit daripada mengalami kemurungan yang akhirnya boleh menyebabkan kimia pada otak memberi kesan pada kanser.
“Satu daripada dua pesakit memerlukan sokongan psikoloji”
Prof. Dr. Özkan memberitahu dalam rawatan, keadaan psikoloji pesakit berkait rapat dengan pemulihan kanser, “Pesakit yang berada dalam keadaan baik dan positif, memudahkan rawatan; perhatian terhadap pesakit juga sangat penting, Pesakit kanser berada dalam kesusahan emosi, selagi rawatan kanser, atlats kemurungan juga tidak dikira dirawat secara literal. Kemurungan menyebabkan proses kanser dan akan mempengaruhi perjalanan kanser dengan saluran sistem hormon akan mengganggu kimia otak pesakit” jelas beliau lagi. Özkan memberitahu gangguan psikoloji yang boleh dilihat berlaku pada pesakit kanser antaranya “sindrom kemurungan, sindrom otak organik dan gangguan personaliti", seorang daripada dua pesakit kanser sudah pasti memerlukan satu sokongan psikoloji, ego mereka yang terkesan dan ia memberi kesan berlainan pada kehidupan.
Bagi membantu pesakit kanser mendapatkan kembali kesihatan mereka Özkan mencadangkan “perkhidmatan perubatan yang sesuai, proses rawatan psikiatri dan rawatan penjagaan psikososial serta terapi fizikal yang dijalankan serentak” dengan mendaftar anda akan dapat memberikan sokongan psikoloji kepada pesakit. “kebimbangan dan kesakitan dapat dikurangkan, memulihkan semangat, memberi bantuan emosi untuk terus hidup, meningkatkan kualiti kehidupan, membantu pesakit mengatasi krisis dengan penyelesaian, membetulkan persepsi individu, 'semua atau apa-apa' gaya untuk membetulkan tingkah laku dan pemikiran, mengukuhkan sokongan sosial dan komunikasi" diterima sebagai faktor penting.
“Cukup dengan tidak memberi “kanser” pada rohani”
Pakar di Jabatan Perhubungan Psikiatri Hospital Memorial Şişli, Prof. Dr. Sedat Özkan menyatakan tentang “fikiran anti-kanser” satu konsep yang perlu difahami oleh umum.
“Apabila kita mendapati kita menghidapi kanser sudah pasti ia merubah segala menjadi negatif, namun yang paling penting adalah untuk memastikan rohani kita tidak menghidapi “kanser”. Ia amat penting bagi pesakit untuk belajar. Sebahagian pesakit terlalu cepat menyerah kalah pada kanser. Yang penting kita perlu berusaha bertarung menanganinya. Percaya, yakin, kerjasama untuk mengatasi adalah kunci kekuatan yang penting. Kekalkan kehidupan normal apabila mendapati diri menghidapi kanser itu juga penting, Ketika menjalani rawatan kemoterapi dapatkan maklumat lanjut dan perlu ambil berat apa langkah yang perlu diambil seterusnya. Minda, sejauh mana ia terbuka secepat itu ia akan membantu menyembuhkan. Sekiranya anda menyerah kalah dalam minda, pasti badan anda juga akan turut menyerah kalah, ini sangat penting dan perlu sentiasa ingat. Kanser dan pertarungan dengan kanser adalah pertandingan individu yang kuat. Hidup lebih bahagia, terus produktif dan aman” katanya lagi.
(AA)
|