View: 940|Reply: 0
|
Bennacer gigih berlatih di bulan Ramadan
[Copy link]
|
|
Bennacer gigih berlatih di bulan Ramadan

BENNACER (kiri) mendapat layanan sama rata walaupun berlatih di bulan Ramadan. FOTO AFP
Milan: Sehingga 12 Mei, semua umat Islam di seluruh dunia akan menjalani ibadah puasa ia termasuklah tonggak AC Milan, Ismael Bennacer yang diberikan layanan sama rata.
Jadual tugasan atau latihan buat pemain berusia 23 tahun itu sama seperti pemain lain bagaimanapun tumpuan kepada pengambilan makanan tambahan diberi perhatian khusus buatnya serta pemain Muslim lain di dalam pasukan.
Antara saksi yang melihat sendiri bagaimana Bennacer tetap memberi komitmen 100 peratus walaupun terpaksa berlatih di bulan Ramadan ialah Ketua Pengesan Bakat Arsenal, Gilles Grimandi.
Bekas pemain Arsenal itu melihat sendiri keupayaan Bennacer sebelum melaporkan kepada bosnya, Arsene Wenger.
"Dia menyertai pasukan bawah 17 dan 19 tahun. Berlatih setiap pagi walaupun di bulan Ramadan. Bagaimanapun, dia akan menamatkan setiap sesi dengan kepenatan kerana ketika itu masih belum mendapat rentak di dalam latihan.
"Dia sendiri juga meminta untuk melakukan sesi latihan berganda iaitu bersambung pada sebelah tengah hari, walaupun sebenarnya sesi berkenaan tidak ada dalam jadual.
"Saya sudah melihat beratus sesi pemilihan tapi saya tidak pernah jumpa pemain yang sangat gigih seperti Bennacer," kata Grimandi.
Bennacer menyertai akademi Arsenal pada 2015 dan sebelum itu dia bersama pasukan di tempat kelahirannya, Arles-Avignon, Perancis.
Pengurus Milan, Stefano Pioli juga mengakui Bennacer seorang yang patuh kepada ajaran Islam.
Malah bapanya yang berasal dari Maghribi dan ibunya dari Algeria juga sangat menitikberatkan mengenai agama Islam.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
|
|
|
|
|
|
| |
|