CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 793|Reply: 0

PJ City menang tipis

[Copy link]
Post time 25-4-2021 07:41 AM | Show all posts |Read mode
PJ City menang tipis


PEMAIN UiTM FC, Ahmad Khuzaimi Piee (kanan) diasak pemain PJ City, Muhammad Syahmi Zamri. FOTO Azhar Ramli


Shah Alam: Petaling Jaya City (PJ City) harus berterima kasih kepada Tamilmaran apabila jaringan tunggalnya memberi kemenangan 1-0 ke atas UiTM FC di Stadium Mini UiTM Shah Alam di sini, sebentar tadi.

PJ City yang beraksi tanpa pemain import pada musim ini nyata mendominasi perlawanan sejak mula namun gol yang dinanti hanya terhasil pada minit ke-81 sekaligus meraih kemenangan ketiga buat kelab itu.

Sebaliknya UiTM yang masih gagal mencipta kemenangan dalam 10 aksi setakat ini terus terperosok di dasar liga dengan kini hanya mengumpul satu mata.

Sepanjang 90 minit aksi menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun sering digagalkan oleh ketumpulan jentera depan.

Tuah nyata memihak PJ City apabila Tamilmaran mudah menjaringkan gol pertama dan ia kekal hingga wisel penamat.

Selepas ini skuad kendalian P Maniam akan bertemu Selangor di Stadium MBPJ, manakala UiTM bertandang ke Kuantan untuk menentang Sri Pahang pada hujung minggu depan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.291799 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list