CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 808|Reply: 0

Gagal manfaat peluang punca Perak FC tewas

[Copy link]
Post time 26-4-2021 07:03 PM | Show all posts |Read mode
Gagal manfaat peluang punca Perak FC tewas


Penjaga gol Perak FC, Muhammad Azri Ab Ghani (kanan) cuba menyelamatkan gawang daripada dibolosi pemain Melaka United. FOTO Perak FC


Ipoh: Kegagalan menterjemahkan peluang untuk menghasilkan jaringan adalah faktor utama Perak FC tumpas 0-1 kepada Melaka United FC dalam aksi Liga Super di Stadium Perak, semalam.

Penolong Jurulatih Perak FC, Mohd Shahril Nizam Khalil berkata, barisan serangan pasukan yang diketuai penyerang naturalisasi negara, Guilherme De Paula gagal berfungsi dengan baik sekali gus menyumbang kepada kekalahan itu.

"Sebagai pemain De Paula perlu lebih efektif dalam menyerang atau memberi peluang (kepada rakan) untuk menjaringkan gol. Saya harap dia akan kembali menemui jaringan dalam perlawanan menentang Sabah di Kota Kinabalu selepas ini," katanya ketika ditemui pada sidang media sejurus selesai perlawanan.

Dalam perlawanan semalam, gol tunggal Melaka dihasilkan oleh bekas pemain kebangsaan, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria pada minit ke-60.

Beliau berkata, kekalahan yang dilakar ini juga sememangnya memberi tekanan kepada skuad The Bos Gaurus untuk memperbaiki kedudukan liga yang semakin ke penghujung saingan pusingan pertama.

"Kekalahan ini memberi tekanan kepada pasukan Perak untuk meneruskan perjalanan selepas ini, kita perlu lebih usaha untuk mencari kemenangan dan penumpuan perlu diberikan dalam aspek permainan berpasukan," katanya.

Sementara itu, pengendali Melaka United FC, Zainal Abidin Hassan berkata, pemain terutama barisan pertahanan menunjukkan komitmen dan disiplin yang tinggi dalam memastikan kemenangan berjaya diterjemahkan oleh pasukannya.

"Terima kasih dengan tiga mata yang amat diperlukan. Saya tahu bukan senang datang ke Ipoh menentang Perak dan pemain terutama barisan pertahanan menunjukkan disiplin yang sangat tinggi hingga wisel penamat," katanya.

Selain itu, katanya, beliau berharap kemenangan berkenaan akan terus meningkatkan moral pemain untuk menghadapi perlawanan yang akan datang.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.845870 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list