CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 783|Reply: 0

Penting Melaka bawa pulang tiga mata berharga – Zainal

[Copy link]
Post time 27-4-2021 11:29 AM | Show all posts |Read mode

ZAINAL menegaskan bahawa bukan mudah untuk mengutip tiga mata penuh di Stadium Perak, Ipoh.

Penting Melaka bawa pulang tiga mata berharga – Zainal

KETUA jurulatih Melaka Uni-ted, Zainal Abidin Hassan memuji persembahan anak-anak buahnya selepas merakam kemenangan 1-0 ke atas Perak FC di Stadium Perak, Ipoh kelmarin.

Pada aksi tersebut, jaringan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ke-60 sudah cukup buat pasukan pelawat untuk membawa pulang tiga mata berharga.

Menerusi kejayaan itu, Me-laka United berjaya mengukuhkan kedudukannya kelapan liga sekali gus meredakan tekanan terhadap Zainal yang dilapor-kan bakal ‘direhatkan’ baru-baru ini.

“Saya ucapkan tahniah kepada pasukan atas kejayaan meraih kemenangan yang boleh meningkatkan motivasi pasukan untuk mengharungi saingan liga ketika ini.

“Ia adalah aksi yang cukup getir kerana bukan mudah untuk mengutip tiga mata penuh di Stadium Perak.

“Apa pun, saya gembira me-nyaksikan pemain bermain dengan cemerlang di setiap posisi terutama benteng pertahanan kerana kami berjaya merekodkan keputusan tanpa bolos,” kata Zainal selepas tamat perlawanan.

Mengulas mengenai spekulasi kedudukannya selaku pe-ngendali Sang Kancil, Zainal enggan menjadikan situasi itu sebagai halangan dalam menjalankan tugasnya dengan baik.

“Buat masa ini saya hanya menjalankan tugas selaku jurulatih dan amanah itu membuatkan saya dan barisan pemain bekerja keras untuk mengutip tiga mata penting buat pasukan,” katanya.

Melaka yang menduduki tangga ke-8 liga akan melayan kunjungan pasukan Kedah di Stadium Hang Jebat pada Jumaat ini.


Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.049598 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list