CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3452|Reply: 0

Asal usul Songkok sebenarnya dari...

[Copy link]
Post time 6-5-2021 11:53 AM | Show all posts |Read mode


Songkok merupakan sejenis topi tradisional bagi orang Melayu yang dihasilkan daripada kain kapas, flanel atau baldu. Ia boleh dipakai sebagai pelengkap kepada baju Melayu mahupun pakaian sut Barat yang dipakai untuk menghadiri majlis-majlis tertentu.

Pemakaian songkok ini sangat popular bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia mahupun di selatan Thailand. Songkok telah menjadi pemakaian kepala yang rasmi ketika menghadiri acara-acara rasmi seperti majlis perkahwinan, upacara keagamaan dan sambutan keraian seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Terdapat pelbagai jenis saiz ukuran dan jenis-jenis songkok mengikut negeri masing-masing. Tetapi, pernahkah anda terfikir apakah sejarah atau asal usul songkok ini?

Untuk pengetahuan, terdapat beberapa andaian yang telah dibuat mengenai asal usul songkok ini. Ada yang berpendapat bahawa songkok berasal dari India dan Pakistan.

Pada mulanya, songkok dikatakan berasal daripada reka bentuk topi Tarboosh yang dipakai oleh masyarakat di Ottoman, Turki. Reka bentuk ini kemudiannya berkembang menjadi songkok di kalangan masyarakat Melayu.



Di Indonesia, songkok dikenali sebagai ‘peci’. Nama tersebut dikatakan berasal daripada perkataan bahasa Belanda yang dinamakan sebagai ‘petje’ yang membawa maksud ‘topi kecil’. Ada juga yang berpendapat bahawa ia diambil daripada perkataan bahasa Turki iaitu ‘fez’.

Ketiga-tiga perkataan ini masih membawa maksud yang sama iaitu songkok.

Sebahagian masyarakat Melayu di negara Filipina pula menggelarkan songkok sebagai ‘kupia’.

Asal usul pemakaian songkok dalam masyarakat Melayu dapat dijejak apabila ianya turut tertulis dalam kesusteraan melayu yang disebut dalam Syair Siti Zubaidah Perang Cina yang diterbit seawal tahun 1840.

Reka bentuk asal songkok telah ditambah dan diubahsuai mengikut peredaran masa. Kebanyakan songkok yang dihasilkan adalah berwarna hitam kerana ianya melambangkan kekemasan dan kelihatan elegen buat si pemakai.

Namun terdapat juga hasil rekaan songkok yang diinovasikan dengan meletakkan corak songket atau batik di bahagian tepi reka bentuk songkok tersebut. Terdapat juga songkok yang dikenakan dengan loket atau bunga besi sebagai perhiasan kepada songkok tersebut.

Songkok di negeri selatan Malaysia khususnya di Johor dan Melaka dapat dilihat dengan reka bentuk yang lebih tinggi berbanding rekaan songkok biasa.



Begitulah sedikit sebanyak asal usul songkok yang anda perlu tahu.

Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.033673 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list