View: 3679|Reply: 1
|
Perkahwinan Hantu, Sebuah Tradisi Berkahwin Dengan Orang Mati
[Copy link]
|
|
Perkahwinan Hantu, Sebuah Tradisi Berkahwin Dengan Orang Mati
Pada 3,000 tahun yang lalu, Ming Hun, sebuah tradisi berkahwin dengan orang mati atau perkahwinan hantu ini diamalkan oleh orang China supaya orang yang mati sebelum berkahwin tidak akan berasa sunyi di alam selepas mati.
Pada asalnya, perkahwinan ini hanyalah sebuah ritual bagi menyatukan dua orang yang sudah mati tetapi akhirnya, sesetengah pengamal tradisi ini mula mengahwinkan seorang yang masih hidup dengan seorang mayat.
Dalam perkahwinan hantu antara dua mayat, keluarga ‘pengantin perempuan’ akan meminta hantaran yang termasuk persalinan barang kemas, pembantu rumah dan juga rumah dalam bentuk kertas sembahyang.
Majlis perkahwinan ini kebiasaannya melibatkan batu nisan pengantin lelaki, pengantin perempuan serta sejambak bunga. Kubur pengantin perempuan juga akan digali semua untuk mendapatkan rangka tulangnya dan diletakkan ke dalam kubur pengantin lelaki.
Bertahun-tahun lamanya, ritual ini telah dibuktikan masih berlaku di sesetengah kawasan di China sehingga terdapat kes pencurian mayat dan juga pembunuhan yang berlaku semata-mata untuk mengadakan upacara ini.
Pada tahun 2015, sebuah perkampungan di Shanxi telah dilaporkan kes pencurian 14 mayat wanita oleh para pencuri kubur untuk dijual.
Harga mayat seorang perempuan boleh mencecah 30,000 (sekitar RM19,200) hingga 50,000 yuan (sekitar RM32,000) pada sekitar tahun 2008 dan 2010. Jumlah harga seorang mayat dikatakan berkemungkinan telah semakin meningkat.
Ramai orang Cina mempercayai bahawa malang akan menimpa mereka jika permintaan si mati tidak ditunaikan.
Walau bagaimanapun, tradisi ini telah mengancam nyawa banyak orang kerana kes pembunuhan semakin meningkat agar mayat itu kemudiannya dapat dijual.
Sudah hampir 70 tahun kerajaan di China telah mengharamkan sebarang upacara ini, tetapi ritual perkahwinan hantu ini masih sahaja berlaku dan mereka masih berusaha dalam menangani kegiatan mencuri mayat untuk upacara tersebut.
Di Taiwan, ritual yang sama turut berlaku tetapi yang membezakan antara kedua tradisi ini adalah tiada mayat yang digali semula untuk menyempurnakan upacara ini.
Jika seorang wanita mati sebelum berkahwin, keluarga si mati haruslah menyediakan sampul duit berwarna merah yang diisikan dengan duit, duit kertas sembahyang, segumpal rambut dan kuku mayat yang kemudiannya diletakkan di merata tempat.
Sebarang lelaki yang mengutip sampul merah tersebut akan dipilih sebagai pengantin lelaki dan dikatakan akan bernasib buruk jika dia menolak untuk berkahwin dengan mayat itu.
Pengantin lelaki itu masih dibenarkan untuk berkahwin tetapi isterinya yang telah mati itu akan dianggap sebagai isteri pertamanya.
Tradisi sedemikian dikatakan sebagai salah satu cara keluarga si mati dapat mengatasi rasa kehilangan.
Sumber:
BBC
|
|
|
|
|
|
|
|
dr sini lah rentua dedulu dpt idea cipta pepatah...'se(orang) hidup...se(orang)mati...kot. |
|
|
|
|
|
|
| |
|