CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2309|Reply: 1

Tak mahu hilang dari radar kemasyhuran

 Close [Copy link]
Post time 19-5-2021 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
(Kredit : HARIAN METRO)
Kuala Lumpur: Berasa diri kebal dengan pengaruh, kuasa dan kewangan yang stabil selain memiliki personaliti narsistik antara faktor yang menjadikan individu tidak gentar melakukan kesalahan sama berulang kali.

Pensyarah Kanan dan Ahli Psikologi, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Dr Noor Aishah Rosli berkata, individu itu sedar kesilapan dilakukannya boleh mengundang kecaman namun mengambil remeh kerana enggan memikirkannya.


Katanya, individu terbabit juga tidak gentar kerana memiliki keyakinan diri tinggi bahawa masalahnya boleh selesai dengan wang dan pengaruh yang ada.

"Individu berkenaan tahu perbuatan dilakukan salah tetapi buat seperti tidak ada apa-apa kerana berada di zon selesa. Dalam erti kata lain, golongan ini berasa diri mereka kebal dan tidak takut undang-undang kerana ada kuasa atau pengaruh.

"Apabila ada kuasa, secara automatik cara pemikiran seseorang berubah dan boleh membawa ke arah negatif jika terlalu bermegah dengannya (kuasa)," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau diminta mengulas daripada sudut psikologi dan kesihatan mental mengenai sikap individu tertentu termasuk selebriti dan orang kenamaan yang berulang melakukan kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) mencegah penularan wabak Covid-19 yang dikuatkuasakan kerajaan ketika ini.

Dr Noor Aishah berkata, faktor kedua iaitu personaliti narsistik yang mendorong pelaku melakukan kesalahan sama kerana mahu diri sentiasa menjadi perhatian dan bualan ramai.

Katanya, individu yang memiliki personaliti narsistik juga tidak kisah dirinya menerima kecaman atas apa yang dilakukannya asalkan tidak dipandang sepi oleh masyarakat sekeliling.

"Individu sebegini sanggup melakukan perkara termasuk yang menjadi kesalahan berulang kali kerana mahukan perhatian maksimum terhadapnya.

"Mereka mahu orang sekeliling konsisten meminatinya supaya dirinya tidak hilang dalam radar kemasyhuran.

"Kebiasaannya, individu yang mempunyai personaliti narsistik gemar menunjukkan pencapaiannya dan mahu ia sentiasa diperkatakan selain berasa dirinya lebih berkuasa atau 'superior dalam segala perkara," katanya.

Dr Noor Aishah berkata, individu sebegini tidak boleh dibiarkan hanyut sebaliknya perlu dibantu dengan dibawa berjumpa pakar psikologi atau psikiatri untuk menjalani terapi supaya keadaan tidak jadi bertambah buruk.

"Individu terbabit sebenarnya mempunyai masalah kesihatan mental cuma tidak nampak pada zahirnya kerana dia boleh makan, minum dan melakukan rutin harian seperti biasa.

"Mereka juga tidak sedar ada masalah itu namun saya percaya, individu terdekat terutama keluarga menyedari perubahan sikap berkenaan.

"Penting untuk mereka menjalani terapi dengan segera supaya tidak terus dibelenggu dengan aura negatif sebaliknya berubah ke arah lebih baik," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia, Dr Hazli Zakaria menyifatkan individu yang berulang kali kesalahan sama tidak memahami tujuan sesuatu peraturan dikuatkuasakan dan kesan jika mengingkarinya.

"Mereka tahu adanya sesuatu peraturan itu tetapi tidak melihat kepentingan mematuhinya.

"Bagi mereka, peraturan itu tidak terpakai buat mereka dan akhirnya tidak belajar daripada kesalahan dilakukan.

"Individu sebegini tidak semestinya ada masalah kesihatan mental tetapi lebih kepada isu personaliti yang menjadikan mereka tidak berasa bersalah dan menghormati orang lain sebaliknya sentiasa ada justifikasi bagi mempertahankan diri," katanya.

Disiarkan pada: Mei 19, 2021 @ 7:13pm

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2021 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah board ni. Closed.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.046582 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list