CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1960|Reply: 0

Terkesan dengan PKP 3.0? Mujur ada lagi bantuan bayaran balik pinjaman

[Copy link]
Post time 27-5-2021 11:20 AM | Show all posts |Read mode
Terkesan dengan PKP 3.0? Mujur ada lagi bantuan bayaran balik pinjaman



Setelah Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 diumumkan tidak lama lalu, rata-rata rakyat Malaysia merungut dan gusar dengan dengan pengumuman ini.Yelah, ada yang berniaga kecil-kecilan, ada yang masih bekerja tapi risau majikan tak mampu nak simpan mereka lagi.

Malah, ada yang tak dapat elaun kerja lebih masa, kena potong gaji dan ada yang dibuang terus! Siapa nak tanggung hutang-piutang mereka?

Mujur ada bantuan bayaran balik pinjaman, dapat ringankan beban sikit!
Ramai yang masih tak tahu sebenarnya bank-bank di Malaysia tak lokek membantu rakyat yang menghadapi masalah untuk membayar balik pinjaman mereka. Selain moratorium pinjaman, bank-bank turut mengurangkan bayaran ansuran bulanan, membenarkan bayar faedah saje dan pelbagai pakej bantuan yang lain.  Bank-bank telah membantu ramai peminjam yang tak mampu bayar balik pinjaman mereka dan akan terus membantu apatah lagi dengan perlaksanaan PKP 3.0.

Oleh itu, pilihan ditangan peminjam, kenalah bantu diri sendiri sebelum terlambat. Contact bank dengan segera untuk bincang tentang bantuan yang bersesuaian dengan keadaan kewangan masing-masing dan proses permohonannya pun mudah!

Jadi, bantuan bayaran balik ini akan dilaksanakan mengikut keperluan peminjam yang terjejas dengan pandemik COVID-19, terutamanya bila PKP 3.0 dilaksanakan.

Pakej Bantuan Bayaran Balik Pinjaman, khusus buat rakyat Malaysia yang memerlukan!
Bukan sahaja tawaran bantuan bayaran balik pinjaman untuk individu, rupanya bank juga menyediakan pakej-pakej bantuan untuk PKS termasuk usahawan mikro.

Ini merupakan antara pakej-pakej bantuan yang disediakan oleh pihak bank mengikut keperluan dan kedudukan kewangan peminjam:-

  • Moratorium bayaran balik pinjaman sepanjang tempoh tertentu
  • Mengurangkan ansuran bulanan sepanjang tempoh tertentu
  • Membenarkan peminjam membayar interest pinjaman sahaja sepanjang tempoh tertentu
  • Menyediakan fleksibiliti lain sehingga peminjam berada pada kedudukan lebih stabil


Hutang tetap hutang, akan tetapi kelonggaran yang diberikan ini dapat bantu sikit demi sikit sementara kewangan anda stabil untuk menyambung semula bayaran balik pinjaman seperti normal.

Risau rekod CCRIS terjejas? Tengok ni dulu!

Bagi golongan yang berminat untuk menerima bantuan, jaminan bakal diberikan bahawa bantuan ini takkan sesekali menjejakan rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) anda pada tahun ini.




Bantuan tidak akan datang bergolek, kita harus bertindak segera sebelum terjejas lebih teruk. Call bank anda secepat mungkin.

Masih keliru dan runsing? Cepat-cepat lanjutkan pertanyaan serta dapatkan khidmat nasihat mengenai pilihan pembiayaan alternatif dengan menghubungi AKPK melalui https://services.akpk.org.my/ atau hubungi BNMTELELINK melalui bnm.my/RAsurvey jika hadapi masalah dengan bank anda!

SUMBER:https://ohmymedia.cc/terkesan-de ... ran-balik-pinjaman/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.335002 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list