CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 781|Reply: 0

Chelsea nafi impian City lakar sejarah

[Copy link]
Post time 31-5-2021 04:32 PM | Show all posts |Read mode

CHELSEA menjulang gelaran Liga Juara-Juara buat kali kedua dalam tempoh sembilan tahun selepas menundukkan City 1-0 pada aksi final awal pagi semalam. – AFP

Chelsea nafi impian City lakar sejarah

PORTO – Selepas sembilan tahun, Chelsea menjulang trofi Liga Juara-Juara kedua mereka selepas menewaskan Manchester City 1-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Dragao awal pagi semalam.

Gol tunggal perlawanan yang dijaringkan penyerang The Blues, Kai Havertz pada minit ke-42 memastikan City terus kempunan untuk memenangi trofi terulung bola sepak Eropah itu.

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dengan kemenangan itu, lebih-lebih lagi selepas tewas kepada Bayern Munich di pentas sama tahun lalu ketika membimbing Paris Saint-Germain (PSG).

“Saya sangat gembira untuk menjejakkan kaki ke perlawanan akhir buat kali kedua. Bagai-ma-na-pun, saingan kali ini auranya cukup berbeza kerana saya dapat rasakan kami boleh memenanginya.

“Kemenangan ini akan jadi penanda aras untuk kami dan saya mahu semua pemain menjadi lebih matang serta jadikan pengalaman ini sebagai pembakar semangat bagi melakar lebih banyak kejayaan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut memuji kekebalan benteng pertahanan yang diketuai Cesar Azpilicueta apabila melakukan banyak halangan dan pintasan penting bagi menafikan gerakan berbahaya The Citizens dalam usaha mereka mencari gol.

“Pasukan ini memiliki pemain yang ada kualiti dari segi pertahanan dan ia sangat penting untuk kami. Mereka berdepan tekanan tinggi daripada jentera serangan City, namun tetap tenang menahan asakan itu.

“City memulakan permainan dengan corak menyerang dan ia menyebabkan kami berada dalam keadaan sukar. Saya gembira kerana memiliki Azpilicueta dan Antonio (Rudiger) di bahagian belakang,” ujarnya. – AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.269111 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list