View: 2342|Reply: 1
|
Generasi ke-11 Honda Civic
[Copy link]
|
|
JENAMA Honda terus unggul menerusi model Civic terbaharunya ini.
Generasi ke-11 Honda Civic
Honda Civic model 2022 akhirnya menemui peminat di pasaran Amerika Syarikat (AS) apabila bakal dijual secara rasminya pada pertengahan bulan depan.
Sekiranya anda peminat jentera tersebut, sudah tentu tahu model yang dilancarkan secara rasmi itu tiada bezanya dengan versi prototaip yang dipamerkan kepada umum pada November tahun lalu.
Bagaimanapun, ia bukanlah suatu perkara yang mendukacitakan kerana prototaip itu sahaja sudah membuatkan peminat Civic berasa gembira.
Manakan tidak, rekaan jentera generasi ke-11 tersebut boleh dikatakan telah ditambah baik daripada model terdahulu.
Lebih-lebih lagi dari aspek estetikanya yang dapat dilihat dengan jelas seperti garisan bumbung serta rekaan tingkap.
CIVIC jenis sedan ini mempunyai reka bentuk yang cukup sporty.
Peminat jenama Honda pastinya menyedari bahawa rekaan garisan bumbung dan tingkap pada C-pillar Civic serba baharu itu mirip dengan Accord.
Bagi peminat kedua-dua jentera, sudah tentu rekaan berkenaan suatu yang dialu-alukan.
Bahagian A-pillar Civic itu pula dipendekkan sebanyak 1.96 inci, sekali gus menjadikan bonet jentera berkenaan kelihatan lebih panjang dan menaikkan ciri sporty kereta tersebut.
Sebagaimana jentera moden lain, ia dilengkapi dengan lampu diod nyalaan siang LED dengan rekaan garang.
Pada bahagian dalamnya pula, skrin sentuh standard bersaiz tujuh inci dipasang pada papan pemuka jentera yang mana ia dilengkapi Apple CarPlay dan Android Auto.
Jika anda mahu, anda diberi pilihan untuk menukarnya dengan skrin sentuh sembilan inci yang dilengkapi dengan ciri connectivity Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.
Skrin sentuh sembilan inci itu merupakan yang terbesar bagi jentera Honda dan ia merupakan trend terkini bagi jentera moden.
Honda menawarkan empat varian bagi Civic sedan tersebut iaitu LX, Sport, EX dan Touring.
Bagi varian LX dan Sport, ia didatangkan dengan enjin VTEC 2.0 liter empat silinder yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 158hp dan tork puncak 240Nm.
JENTERA ini didatangkan dengan paparan skrin sentuh standard bersaiz tujuh inci.
Varian EX dan Touring pula dilengkapi dengan enjin turbocharged 1.5 liter dengan kuasa maksimum dihasilkan ialah 180hp dan tork puncak 240Nm. Kedua-dua enjin tersebut dipadankan dengan transmisi automatik.
Bagi varian tertingginya, Civic Touring turut dilengkapi dengan 12 sistem pembesar suara Bose serta sistem pengecas tanpa wayar Qi.
Mod pemanduan baharu iaitu Sport ditawarkan bagi varian Sport dan Touring. Dua lagi mod pemanduan sedia ada ialah Normal dan Eco.
Dari segi keselamatan pula, Honda Civic baharu ini dilengkapi dengan beg udara pada bahagian belakangnya buat pertama kali.
Menurut Honda, beg udaranya diberi rekaan khas dengan matlamat mengurangkan trauma kepala ketika kemalangan serta mengurangkan gegaran. Teknologi itu diguna pakai bagi jentera Acura TLX 2021 dan Acura MDX 2022.
Selain beg udara, Civic baharu itu juga didatangkan dengan versi terkini kamera hadapan.
Lapan warna boleh dipilih pengguna dengan tiga daripadanya warna baharu iaitu Meteorite Gray Metallic (kelabu), Sonic Gray Pearl (kelabu mutiara) and Morning Mist Blue Metallic (biru) yang eksklusif bagi jentera itu.
Naib Presiden Eksekutif Operasi Kebangsaan Honda Motor Amerika Syarikat, Dave Gardner berkata, Civic merupakan jentera pilihan pengguna sejak hampir 50 tahun lalu.
REKAAN C-pillar jentera ini dikatakan mirip Accord.
“Honda Civic serba baharu generasi ke-11 dibina berdasarkan pencapaian itu, ia sporty baik di luar mahupun dalam serta menawarkan ciri dan prestasi terbaik dalam kelasnya,” katanya dalam satu kenyataan.
Civic sedan tersebut dibina di Alliston, Ontario, Kanada, manakala versi hatchback yang akan menyusul dibangunkan di Greensburg, Indiana.
Harga sebenar jentera berkenaan bagaimanapun masih lagi dirahsiakan Honda, namun anggaran awal menjangkakan dijual sekitar AS$22,000 (RM90,782.97).
Tiada garis masa berkenaan kemasukan jentera itu bagi pasaran tempatan, namun tidak mustahil akan dibawa masuk ke negara ini pada tahun ini.
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
lubang aircond nampak retro sikit dia punya kemasan. tak ada lagi lampu ketam belakang |
|
|
|
|
|
|
| |
|