Mayat lelaki sering beri makan buaya sudah ditemukan
KEADAAN di lokasi pencarian Juperi yang maut dibaham buaya di Bangka Belitung, Indonesia. - AGENSI
Oleh Media Mulia 20 Jun 2021, 4:42 pm
BELITUNG: Lelaki yang dilaporkan hilang disyaki dibaham buaya akhirnya sudah ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa.
Lapor Tribunnews, mayat Juperi Ahmad ditemuka dalam keadaan tidak sempurna di sebuah bekas lombong di Desa Dukong, Belitung Timur hari ini.
Ketika ditemukan, pasukan penyelamat turut ‘terserempak’ dengan dua ekor buaya berhampiran mayat Juperi.
Anggota keselamatan menyifatkan dua buaya itu seolah-olah ‘menjaga dan menunggu mayat Juperi’.
Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu di darat dan di air.
Sebelum itu, kehilangan Juperi kecoh dalam kalangan penduduk tempatan selepas lelaki itu didakwa sering memberi makan kepada buaya.
Juperi yang bekerja sebagai penjaga pintu air mempunyai hobi memberi makan kepada buaya yang timbul di permukaan air, malah melarang rakan-rakannya mengusir haiwan buas itu. – AGENSI
Post time 20-6-2021 05:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ni bukan yg youtuber tu kan? Ada hat pemes tu kemain lagi dimanja2 kan boye kat sungai tu.
Apatah nama boye tu selalu la dipanggilnya tuk bg mkn ayam bagai.
Iols seram tgk bila dia bagi makan nak plak duk kat atas bot tu risau je so boye tu terbalikkan bot tu.
Dia layan boye tu mcm kucing sabar jela.
Post time 20-6-2021 07:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Suchi replied at 20-6-2021 05:56 PM
Ni bukan yg youtuber tu kan? Ada hat pemes tu kemain lagi dimanja2 kan boye kat sungai tu.
Apatah n ...
Tua, kurus, atas sampan kecik dan bila bagi makan boleh sembang-sembang dgn buaya tu kaa? Hat tu macam kat sungai.
Yg mati ni kat bekas lombong.
Orang lain kot.
Post time 20-6-2021 08:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
binatang ganas tetap ganas..i binatang yg i suka kucing ngn anjing jer..comel jer..kalau ular sawa yg ramai dk bela tu aih..i gerun..
gajah blh bela jgk kn?
Post time 20-6-2021 08:18 PMFrom the mobile phone|Show all posts
airfilterkotor replied at 20-6-2021 07:21 PM
Tua, kurus, atas sampan kecik dan bila bagi makan boleh sembang-sembang dgn buaya tu kaa? Hat tu m ...
Haah pacik tua tu,boye dia tu nama cam pompuan.
Takut tgk bila si boye tu nunggu je nak ngap ayam tu.
Cara dia layan boye tu mmg mcm pet kita ni seram menengoknya.