CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3567|Reply: 11

'garfu tala' Serupa tilik nasib

[Copy link]
Post time 4-7-2021 02:51 PM | Show all posts |Read mode
Serupa tilik nasib


PERBUATAN yang mirip kepada menilik nasib dilarang dalam ajaran Islam. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Amalan 'garfu tala' mirip kepada perbuatan menilik nasib dan tindakan yang menyerupai amalan tilikan adalah dilarang di dalam Islam.

Menerusi siaran al-Afkar terbitan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP), ia menjelaskan bahawa hukum tenung nasib atau tilik nasib serta sebarang perbuatan yang menyerupai tindakan itu adalah diharamkan oleh Allah SWT.

Amalan garfu tala itu sendiri menggunakan terjemahan ayat suci al-Quran untuk menilik sesuatu yang berlaku pada kehidupan harian seseorang individu.

Teknik amalan ini memerlukan pengikutnya atau individu membuka sebarang muka surat di dalam al-Quran mengikut gerak hati atau pemilihan rawak.

Selepas itu, setiap ayat terjemahan pada helaian yang dibuka oleh individu berkenaan akan diperhalusi dan memilih mana-mana ayat yang dirasakan 'kena' dengan kehidupan seseorang.

Tindakan itu juga mirip kepada perbuatan menilik turut mendapat perhatian daripada beberapa individu berstatus public figure yang dilihat menggunakan teknik sama.

Pada masa sama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam perbincangan dengan pihak berkaitan mencadangkan supaya amalan seumpama ini dibawa ke Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) untuk pandangan lanjut.



Ketua Pengarah Jakim Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, pihaknya sedia maklum berhubung amalan garfu tala yang mencetuskan kegusaran awam.

"Walaupun menggunakan kitab suci al-Quran namun apa saja kaedah amalan yang mirip dengan amalan menilik nasib, maka ia adalah dilarang berdasarkan kepada dalil yang sahih.

"Jakim mengambil maklum tentang kegusaran awam terhadap satu amalan mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah dengan menggunakan mushaf al-Quran ataupun istikharah al-Quran.

"Kitab al-Quran diturunkan adalah sebagai pedoman serta diambil isi kandungannya sebagai panduan hidup," katanya kepada Metro Ahad.


ABDUL Aziz. FOTO Arkib NSTP

Abdul Aziz berkata, ia bukanlah untuk dijadikan amalan yang tiada asas atau pun amalan baharu yang direka cipta dan bertentangan dengan ajaran al-Quran itu sendiri.

Kata Abdul Aziz, Jakim menyeru seluruh umat Islam agar mengelakkan diri daripada mempercayai serta mengamalkan ajaran yang tiada asas sumbernya daripada hukum syarak.

"Umat Islam diseru mempertingkatkan kefahaman dan penghayatan Islam secara menyeluruh melalui pegangan akidah, syariah dan akhlak sebagaimana diajar Nabi Muhammad SAW melalui saluran yang betul dan guru yang diiktiraf keilmuannya," katanya.

Perbuatan syirik mirip tilik nasib

Pengamal serta individu yang mempercayai amalan garfu tala sudah melakukan perbuatan syirik kerana ia bertentangan dengan ajaran agama Islam yang sebenar.

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari berkata, amalan itu tidak bersesuaian dengan ajaran Islam dan ia tidak berpaksikan kepada ilmu tauhid, fiqh dan tasawuf sebenar.

"Ajaran itu bukan sahaja membuatkan pengamalnya jatuh syirik kerana wujud pentawassulan yang dilarang oleh Allah SWT, tetapi sudah menganggap bahawa kitab atau cetakan berkenaan yang mempunyai mukjizat.

"Sedangkan yang mengandungi mukjizat adalah pada ayat daripada firman Allah SWT dan bukan pada kitab atau bukunya.

"Konsep berdoa melalui acuan garfu tala ini juga bertentangan langsung dengan konsep kewujudan roh, akal, nafsu dan jasad yang mana Allah SWT menciptakan makhluk manusia dengan sempurna," katanya kepada Metro Ahad.


DR Zamihan. FOTO Arkib NSTP

Zamihan berkata, masyarakat Islam perlu menjauhi sebarang amalan yang mampu menjerumuskan diri ke lembah syirik yang tiada pengampunan daripada Allah SWT.

Beliau berkata, sebarang amalan atau perbuatan yang menyamai seperti perbuatan menenung nasib adalah dilarang dalam Islam dan perkara itu sangat jelas tanpa sebarang khilaf.

"Perbuatan ini sangat mirip kepada menilik nasib seseorang sedangkan Allah SWT jualah yang mengetahui setiap segala sesuatu yang berlaku.

"Individu yang terbabit dengan perbuatan itu diharapkan dapat bertaubat dan meninggalkan segera perbuatan berkenaan kerana bimbang ia mampu merosakkan akidah kita sebagai umat Islam," katanya.

Hidupkan amalan seperti diajar Rasulullah

Tiada nas khusus serta sahih yang menceritakan berkenaan perbuatan istikharah dengan membuka lembaran al-Quran secara rawak.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah berkata, setiap Muslim perlu bersikap lebih warak iaitu meninggalkan amalan ini kerana sebahagian ulama mengharamkannya.

"Bahkan di sisi mazhab Syafi'ie, hukumnya makruh yang memberi makna perbuatan yang sia-sia, malah tiada ganjaran dan apa-apa fadilat, sekali gus lebih baik ia ditinggalkan.

"Umat Islam perlu menghidupkan amalan istikharah dengan cara yang diajarkan baginda Rasulullah SAW iaitu solat istikharah dan berdoa kepada Allah SWT selain meminta nasihat daripada individu yang berpengalaman," katanya.


DR Luqman. FOTO Arkib NSTP

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi satu hantaran Irsyad Fatwa menjelaskan tiada nas sahih menyebut mengenai istikharah dengan membuka al-Quran secara rawak.

  Bahkan jika ia digunakan sebagai kepercayaan untuk menilik terhadap apa yang akan berlaku  pada masa hadapan, maka ia haram dan menyerupai perbuatan ahli sihir dan penilik nasib.

  Menerusi penerangan itu juga, seseorang yang ingin beristikharah maka disunatkan melakukan solat sunat istikharah, diiringi dengan doa kepada Allah SWT sebagaimana yang diajar baginda Rasulullah SAW.


Sumber:https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2021 03:08 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2021 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa namanya garpu tala? Ada kena mengena dgn cutlery?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2021 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
ini yg dikatakan diajar prof keladak, dan sorang retis tersohor penah khennnn cerita pasal buka quran terus ke surah annur. dia anggap random terbuka kat surah tu satu petunjuk. sudah lopa nama retis tu, sape erkk
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2021 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Yindon........
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2021 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukak2 kuar surah gajah,pakat kena jd gajah ek..ehhehe..jk jaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2021 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Muhoyayoo yo pnya amalan.
Jah lop pn buat cani gak
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2021 10:30 PM | Show all posts
Garfu Tala ini sebenarnya berasal dari Shiah.  

Seterusnya di bawah ini bertujuan maklumat.  Jangan diamalkan kalau tuan/puan adalah ahlussunnah iaitu yang mengikut Al-Quran dan hadith (sunnah Rasullullah s.a.w.)

Dari website rujukan shiah (link tidak diberi untuk elak dari propoganda):

Cara Istikharah
Dalam kitab-kitab referensi hadis telah dijelaskan aneka ragam cara istikharah. Antara lain adalah istikharah dengan salat dan doa, istikharah dengan Alquran, istikharah dengan kertas (dzāt al-riqā), dan istikharah dengan untaian tasbih.

Istikharah dengan Alquran
Banyak cara yang telah diriwayatkan tentang istikharah dengan Alquran.[6] Antara lain adalah sebagai berikut:

Imam al-Shadiq as berkata, "Barang siapa ragu antara mengamalkan atau meninggalkan suatu perkara, bukalah Alquran ketika sudah siap mengerjakan salat dan amalkanlah ayat pertama yang terlihat oleh matanya."[7]
Sayid Ibnu Thawus meriwayatkan Rasulullah saw bersabda, "Jika kamu ingin berisitikharah dengan Alquran, bacalah surah al-Ikhlash sebanyak tiga kali, salawat sebanyak tiga kali, dan lalu bacalah doa ini, قُلْ اللَّهُمَّ إِنِّی تَفَأَّلْتُ بِکِتَابِكَ وَ تَوَکَّلْتُ عَلَيْكَ فَأَرِنِي مِنْ کِتَابِكَ مَا هُوَ الْمَکْتُومُ مِنْ سِرِّكَ الْمَکْنُونِ فِي غَیْبِك. Setelah itu, bukalah Alquran dan tetapkanlah istikharahmu dalam baris pertama ayat dari halaman pertama yang terbuka.[8]
Menurut sebagian riwayat, setelah membuka Alquran, bukalah tujuh atau delapan halaman, dan ambillah istikharah dari halaman ketujuh atau kedelapan.[9]

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan terperangjat bahawa Faisal Tehrani yang mengaku ahlussunnah tapi berjiwa shiah menyatakan.....

Rock star saya seorang syiah tidak saya nafikan lagi. Dr Ahmadinejad selaku ketua negara mesti selalu membuat keputusan segera. Beliau tidak boleh menanti untuk tidur dulu dan bermimpi!

Penganut syiah bermazhab Jafari melakukan istikharah dengan al-Quran*. Ia pantas, segera, cepat dan memberi jawapan yang tidak ada keraguan lagi. Dalam keadaan terdesak mereka dapat membuat keputusan yang bermakna. Inilah rahsia kejayaan Iran mengalahkan Iraq (era saddam Hussein) dan rahsia kekalahan Zionis tiga kali kepada Hezbollah di bawah pimpinan Sayyid Hassan Nasrallah.

Foto-foto di atas adalah Presiden Ahmadinejad melakukan istikharah.

Di atas inilah kata-kata pengarang buku Faisal Tehrani yang selalu menafikan dia shiah tapi apa yang dia tulis ......  tuan/puan nilaikan sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2021 11:13 PM | Show all posts
ibnur replied at 4-7-2021 10:30 PM
Garfu Tala ini sebenarnya berasal dari Shiah.  

Seterusnya di bawah ini bertujuan maklumat.  Jang ...

tq mod share
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 09:40 AM | Show all posts
Baru tahu amalan garfu tala ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2021 12:11 PM | Show all posts
Pengamal ilmu garfu tala dinasihatkan agar berubah kepada kitab ini.
Keputusan lebih tepat kalau guna  kitab ini.


Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 11:27 AM | Show all posts
penjelasan yg mantap


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.487304 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list