CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2135|Reply: 1

Kisah Mayat Charlie Chaplin Yang ‘Diculik’ Dan Dijadikan Tebusan

[Copy link]
Post time 13-7-2021 09:58 AM | Show all posts |Read mode
Kisah Mayat Charlie Chaplin Yang ‘Diculik’ Dan Dijadikan Tebusan



Sebut sahaja Charlie Chaplin, pasti ramai yang mengenali beliau yang popular dengan lawaknya itu. Charlie Chaplin yang dilahirkan pada 16 April 1889 itu merupakan seorang pelakon komedi British. Pada abad ke-20, tahap kepopularannya itu mengangkat beliau sebagai nama terbesar dalam industri perfileman.



Charlie Chaplin yang dulunya merupakan seorang buruh di London sebelum beliau bertukar angin ke dunia glamor terkenal dengan watak ‘The Tramp’ yang mengenakan topi bowler, berkumis kecil dan berjalan menggunakan tongkat.

Pada tahun 1977, Charlie Chaplin yang berusia 88 tahun menghembuskan nafas terakhirnya di rumah kediaman keluarganya yang terletak di Tasik Geneva, Switzerland. Ramai yang bersedih atas berita kematiannya itu terutama sekali Lady Oona yang merupakan isteri kepada Charlie Chaplin serta anak-anaknya.



Namun begitu, tangisan mereka tidak hanya terhenti setakat itu sahaja apabila sesuatu yang menggemparkan seluruh dunia telah berlaku terhadap mayat Charlie Chaplin. Semuanya bermula apabila keluarganya menerima satu panggilan daripada pihak polis 3 bulan selepas kematian Charlie Chaplin. Mereka diberitahu pihak polis bahawa kubur pelakon komedi tersebut telah digali dan mayatnya telah ‘diculik’.

Pada awalnya, tiada siapa yang tahu motif di sebalik ‘penculikan’ itu. Segalanya terjawab apabila keluarga Charlie Chaplin menerima satu panggilan daripada individu yang berbuat demikian tidak lama selepas itu.

Lelaki terbabit mengatakan bahawa dia yang ‘menculik’ mayat Charlie Chaplin. Bukan itu sahaja, dia turut meminta wang tebusan sebanyak $600,000 (RM2.4 juta) atau kubur Charlie Chaplin akan tidak berpenghuni selamanya.

Walau bagaimanapun, permintaan tersebut tidak dituruti oleh keluarga Charlie. Dalam satu temu ramah bersama BBC, Lady Oona menyatakan bahawa sekiranya Charlie masih lagi hidup, beliau sendiri tidak akan mengendahkan apa yang disuruh penjahat tersebut kerana perkara itu sangat tidak masuk akal.

Apabila permintaan ‘penculik’ tersebut tidak diendahkan, dia mengugut akan menculik anak-anak Lady Oona sekali. Namun begitu, ugutan tersebut juga tidak berhasil apabila Lady Oona bersama-sama dengan 8 orang anaknya tetap juga berkeras.



Bermacam-macam spekulasi yang dibuat oleh pihak media apabila kes tersebut tidak menjumpai titik noktah setelah berminggu-minggu lamanya. Ada yang mengatakan bahawa Charlie merupakan bangsa Yahudi dan mayatnya ‘diculik’ kerana lokasi perkuburan tersebut bukan tanah perkuburan bangsa Yahudi.



Akhirnya, segala persoalan sekali lagi terjawab apabila mayat Charlie ditemui di sebuah ladang jagung. Penjenayah yang ‘menculik’ mayat Charlie merupakan dua orang mekanik bernama Roman Wardas dan Gantscho Ganev. Pihak polis mencuba pelbagai cara untuk mengumpan kedua-dua penjenayah ini termasuklah dengan bersetuju membayar wang tebusan seperti yang diminta tetapi semuanya tidak membuahkan hasil.

Sampai satu tahap, pihak polis mengarahkan setiap 200 pondok telefon awam di kawasan tersebut dipantau kalau-kalau penjenayah itu munculkan diri. Akhirnya, teknik berkenaan membawa kes ini ke garis akhir apabila Wardas dan Ganev berjaya diberkas pihak polis.

Motif utama ‘penculikan’ ini adalah untuk mendapatkan wang kerana dalang kes ini iaitu Wardas dikhabarkan sedang dibelungi masalah kewangan pada ketika itu.

Hukuman penjara selama 4 tahun setengah dan kerja buruh telah dijatuhkan terhadap Wardas manakala Ganev pula dikenakan hukuman penjara selama 18 bulan.



Kes ini sememangnya meninggalkan memori hitam kepada keluarga terdekat Charlie Chaplin. Setelah semuanya selesai, mayat pelawak terkenal itu sekali lagi disemadikan. Ia bukan setakat disemadikan seperti biasa malah lapisan konkrit turut dibina bagi mengelakkan mayatnya ‘diculik’ lagi sekali.

Kedua-dua penjenayah tersebut dikhabarkan menyesal atas perbuatannya itu. Mereka dipercayai menulis surat kepada Lady Oona untuk memohon maaf atas perkara keji yang dilakukan mereka sebelum ini. Surat itu kemudian dibalas dan Lady Oona menyatakan bahawa dia sudah pun memaafkan mereka.

Kisah ini telah menjadi inspirasi kepada sebuah filem Perancis yang bertajuk The Price of Fame.



Sebenarnya, kes ini bukan pertama kali berlaku. Sebelum ini, mayat Presiden Abraham Lincoln pernah dirancang untuk ‘diculik’ tetapi ia gagal dilakukan. Pihak berkuasa percaya bahawa idea tersebut digunakan oleh kedua-dua penjenayah itu untuk ‘menculik’ mayat Charlie Chaplin.

Sumber:
MUCKROCK, The Vintage News, History Revealed

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2021 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Susah jd org terkenal ni..mati pun xtenang..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.062543 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list