CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2251|Reply: 5

[SEJARAH] Siapa dia Lieutenant Adnan bin Saidi - Kelahiran Kampong Sungai Ramal (Kajang, S

[Copy link]
Post time 14-7-2021 08:47 PM | Show all posts |Read mode


Lieutenant Adnan bin Saidi dilahirkan di Kampong Sungai Ramal (Kajang, Selangor) pada tahun 1915. Beliau merupakan anak sulung dalam keluarganya. Adik-adiknya, Ahmad dan Amarullah juga merupakan anggota tentera. Beliau menerima pendidikan awal di sebuah sekolah Inggeris di Kampung Sungai Ramal. Selepas menamatkan pengajiannya, beliau terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar di sekolah tersebut selama lebih setahun.

Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, beliau mengambil keputusan menyertai Rejimen Askar Melayu Diraja. Pada tahun 1935 beliau dinaikkan pangkat sebagai Platoon Sergeant - kenaikan pangkat yang pantas bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937 pula, beliau terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan kehormatan di London (England) bagi menyambut pertabalan King George VI sebagai King Of The United Kingdom.

Sekembalinya dari London, beliau bernikah dengan seorang guru di kampungnya, Sophia binte Pakih Muda. Tidak lama selepas itu, beliau dilantik sebagai Company Sergeant Major dan dihantar ke Singapura untuk menjalani kursus latihan pegawai.

Setelah menamatkan kursus pada tahun 1941 dengan kenaikan pangkat sebagai 2nd Lieutenant, beliau dilantik sebagai Officer-In-Charge bagi Batalion 1 - Platun 7 (Kompeni C) dalam Rejimen Askar Melayu Diraja. Pada akhir tahun 1941, beliau ditempatkan di Singapura bersama isterinya dan 2 orang anaknya. Mereka menetap di sebuah rumah besar di kawasan Pasir Panjang yang dikhaskan untuk keluarga anggota tentera Rejimen Askar Melayu Diraja.

Apabila Perang Dunia II meletus di Singapura, Lieutenant Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang.
Ini merupakan masa yang getir bagi beliau kerana isterinya sedang hamil anak mereka yang ketiga dan itulah kali terakhir mereka bersama.
Pada 13 Februari 1942, Chrysanthemum Division Of Imperial Japanese Army pimpinan Lieutenant General Renya Mutaguchi telah menumpukan perhatian kepada benteng pertahanan terakhir Singapura - Pasir Panjang.

Pada pagi tersebut, Pasir Panjang dibedil bertalu-talu dengan sokongan udara, mortar berat dan bedilan meriam. Batalion I dari Rejimen Askar Melayu Diraja (Kompeni C) pimpinan Lieutenant Adnan yang ditempatkan di kawasan itu telah memberikan tentangan hebat. Akhirnya pihak Jepun terpaksa berundur disebabkan tentangan sengit daripada Kompeni C.

Walaupun mempunyai bilangan anggota yang lebih ramai, pasukan Jepun di bawah pimpinan Major Kimura gagal menembusi barisan pertahanan di Pasir Panjang.

Pada malam 13 Februari 1942, Kompeni C telah bergerak ke tapak pertahanan baru iaitu di Bukit Chandu. Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke pasukan Lieutenant Adnan ini; menjadikan jumlah keseluruhannya 42 kesemuanya.

Selepas meninjau persekitaran dengan cermat, Lieutenant Adnan memerintahkan rakan-rakannya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir. Pada awal petang 14 Februari 1942, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah.




Daripada Pepys Road, Lieutenant Adnan memantau kontinjen ‘Sikh Army’ daripada British-Indian Army yang sedang mara menuju ke arah Bukit Chandu. Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkannya mengesan sesuatu yang ‘aneh’ apabila menyedari para askar berserban yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti British-Indian Army.

Menyedari helah tersebut, Kompeni C melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 askar Jepun yang menyamar itu pada jarak dekat; dengan itu memaksa pihak Jepun berundur sekali lagi.

Dua jam kemudian, pihak Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan askar yang ramai. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Kompeni C berjuang habis-habisan.



Pertempuran sengit berlanjutan di puncak Bukit Chandu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lieutenant Adnan sendiri mengendalikan senjata jenis Lewis Gun. Malah akibat kehabisan peluru, Kompeni C memberanikan diri keluar berhadapan dengan pihak Jepun dengan menggunakan bayonet. Walaupun ramai dari orang-orangnya yang cedera dan terkorban, Lieutenant Adnan yang sendiri cedera parah akibat serangan peluru mortar tetap enggan berundur; malah sebaliknya beliau memberikan perangsang kepada sisa orang-orangnya agar terus berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Antara kata-kata semangatnya ialah, “Saya tidak kesal kalau saya mati di sini.” Setelah hampir 48 jam bertempur, akhirnya pihak Jepun berjaya menewaskan Kompeni C dan Lieutenant Adnan juga telah ditangkap. Hanya kurang 10 askar dari Kompeni C yang berjaya meloloskan diri. Antaranya ialah Lieutenant Abbas bin Abdul Manan dan Corporal Yaakob bin Bidin.

Lieutenant Adnan yang cedera parah itu kemudiannya dimasukkan ke dalam guni, ditikam dengan bayonet bertalu-talu sehingga guni itu seakan hancur dan lehernya dikelar. Mayatnya kemudiannya dan digantung dengan kepala ke bawah pada sebatang pokok ceri di situ.
Selepas tamat pertempuran, pihak Jepun yang mengawal ketat kawasan Bukit Chandu ini melarang orang-orang kampung menurunkan mayat Lieutenant Adnan untuk dikebumikan.

Menurut bekas penduduk Kampong Bukit Chandu iaitu Haji Borhan bin Muslim, seminggu setelah tewasnya Kompeni C, beliau telah naik ke puncak Bukit Chandu itu dan berjaya memasuki banglo putih beralamat 31-K Pepys Road.

Di dalam banglo tersebut, beliau melihat mayat Lieutenant Adnan seakan ‘duduk mengiring’ dalam sebuah bilik dengan lima tikaman bayonet. Di belakang banglo tersebut pula terdapat sekitar 7 mayat askar dari Regimen Askar Melayu Diraja yang terikat pada pokok-pokok getah dengan beberapa tikaman di tubuh mereka.

Namun, kesemua mayat tersebut tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda membusuk. Oleh kerana pihak Jepun masih mengawal kawasan tersebut, tidak seorang pun yang berani membawa turun mayat-mayat tersebut untuk dikebumikan.

Menurut Haji Borhan lagi, dua minggu kemudian, 7 mayat askar Melayu itu beserta mayat Lieutenant Adnan telah dibawa turun oleh pihak Jepun. Mayat-mayat tersebut kemudiannya dibakar menjadi abu di hadapan banglo tersebut.

Pertempuran selama 48 jam di Bukit Chandu itu merupakan yang paling sengit sehingga menyaksikan jatuhnya benteng pertahanan terakhir Singapura.

Sehari kemudian iaitu pada 15 Februari 1942 tepat pada jam 6.10 petang, bermulalah sejarah hitam Singapura dibawah pemerintahan Jepun selama 3 tahun.



Kisah perjuangan Lieutenant Adnan dan Kompeni C khususnya dalam mempertahankan benteng pertahanan terakhir Singapura masih segar dalam lipatan sejarah; dan selamanya akan tetap segar. Malah nama-nama mereka yang terkorban terpahat pada tugu peringatan di Kranji War Memorial.
Bekas Perdana Menteri Singapura pertama, Lee Kuan Yew juga telah menggagas pembinaan sebuah tugu khas untuk mengenang perjuangan dan bakti gemilang Regimen Askar Melayu Diraja di Vigilante Drive pada tahun 1995.

Lebih dari itu, banglo putih yang menyaksikan gugurnya perwira kelahiran Selangor ini telah dipulihara dan dijadikan Reflections At Bukit Chandu - bagi memperingati, mengenang dan mengabadikan kisah perjuangan Lieutenant Adnan dan Rejimen Askar Melayu Diraja khususnya.

Lieutenant Adnan yang disahkan terkorban pada usia 27 tahun itu meninggalkan seorang balu, Sopiah binte Pakih Muda dan dua orang anak pada ketika itu iaitu Mokhtar dan Zainudin.

#kreditJejakWarisanSingapura
#PeristiwaNSejarah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2021 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana family arwah. Masih hidup lg ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak aku selalu cerita pasal leftenan adnan ni sebab sama kampung.Atuk nenek aku kenal dia.Arwah atuk satu sekolah dekat kajang high school tu.Memang pahlawan melayu yg berani.Moga dia meninggal di dalam syahid.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
syidasaleh replied at 14-7-2021 10:02 PM
Mana family arwah. Masih hidup lg ke?

Permah baca dulu,lepas kematian arwah,isteri & anak2 dia hidup susah.Isteri dia kahwin lain & meninggal waktu bersalin anak dengan suami baru.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Straya replied at 15-7-2021 07:07 PM
Permah baca dulu,lepas kematian arwah,isteri & anak2 dia hidup susah.Isteri dia kahwin lain & meni ...

Anak2 dia masih hidup ke? Cerita dia menarik. Dia berani. Jahat betul nippon masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 dah meninggal. Ni interview dengan cucu2 dia.

http://latiptalib.blogspot.com/2008/07/bertemu-cucu-leftenan-adnan.html?m=1
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.084206 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list