Sempena dengan Sukan Olimpik Tokyo 2021 yang akan berlangsung pada 23 Julai 2021.Jom kita meriahkan dengan coretan di thread ini. Semoga Team Malaysia akan berjaya mendapat Pingat Emas pertama negara. Good Luck Team MAS.
Post time 20-7-2021 09:09 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by akuchenta at 20-7-2021 09:10 AM
Characteristics. Miraitowa, the Olympic mascot, is a figure with blue-checkered patterns inspired by the Games' official logo. It is intended to embody "both old tradition and new innovation".
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 20-7-2021 09:17 AMFrom the mobile phone|Show all posts
The Tokyo 2020 Olympic Games mascot is styled with the Ai (indigo blue) Ichimatsu pattern from the Tokyo 2020 Games emblem, a tribute to both the respected tradition and modern innovation of Japanese culture. MIRAITOWA has a personality inspired by the Japanese proverb, “learn from the past and develop new ideas”. MIRAITOWA is cheerful and remarkably athletic, with a very strong sense of integrity. It has a special power to instantly teleport anywhere it wants.
Origin of the name
The name MIRAITOWA is based on the Japanese words "mirai", meaning “future”, and "towa", meaning “eternity”, representing the wish that the Tokyo2020 Olympic Games will lead to a future of everlasting hope in the hearts of everyone around the world.
harapan kita dalam 3 acara sukan Basikal trek,Terjun dan Badminton harap2 membuahkan hasil...ketiga-tiga acara ada atlet bertaraf dunia...jijoe dah dpt tonik dgn gelaran Datuk,semoga berjaya jijoe,mungkin ni last olimpik dia lepas ni jadi coach pula..pelapis pun tak kurang power tu...tinggi harapan rakyat malaysia nk tgk Emas Pertama Olimpik
Kuala Lumpur: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengumumkan senarai akhir 30 atlet negara yang akan menggalas cabaran ke Temasya Olimpik Tokyo bermula 23 Julai hingga 8 Ogos depan.
Menerusi kenyataan media MOM menyaksikan kem badminton paling ramai penyertaan ke temasya itu dengan lapan pemain akan membawa cabaran membabitkan perseorangan dan beregu lelaki serta wanita selain turut mempunyai wakil dalam beregu campuran.
Katanya, acara terjun yang berpotensi memenangi pingat pula menyaksikan Malaysia menghantar lima wakil negara bagi menghadapi temasya sukan itu.
Lain-lain sukan adalah membabitkan pelayaran (4 atlet) memanah (2 atlet), olahraga (2 atlet), basikal (2 atlet), golf (2 atlet), gimnastik (2 atlet), menembak (1 atlet) dan berenang (2 atlet).
Sementara itu, Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengucapkan tahniah kepada atlet negara yang berjaya melayakkan diri ke temasya yang diadakan empat tahun sekali itu.
"Kita mempunyai kurang tiga minggu untuk persediaan ke sukan terbabit dengan atlet pelayaran antara paling awal akan tiba ke Tokyo iaitu pada 8 Julai.
"Persediaan akhir atlet adalah memberi penekanan untuk perbaiki kelemahan mereka menerusi kerjasama Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara (MSN)," katanya.
Pada temasya Olimpik 2016, Malaysia menghantar seramai 32 orang atlet membabitkan 10 acara sukan.
Olimpik 2016 menyaksikan Malaysia berjaya memperoleh lima pingat (empat perak dan satu gangsa) sekali gus menyaksikan pencapaian terbaik sepanjang tempoh penyertaan Malaysia dalam sukan berkenaan.
Olimpik Tokyo 2020 | 850,000 penonton sertai pembukaan virtual
Berbaki dua hari lagi sebelum upacara pembukaan rasmi sukan Olimpik Tokyo, sekitar 850,000 orang sertai untuk menonton festival dalam talian yang berlangsung di Stadium Olimpik Maya. Kanak-kanak dari seluruh dunia dijemput menghantar karya seni yang akan ditunjukkan semasa acara berlangsung.
Paralimpik | Sasaran kekalkan tiga emas tidak mustahil
Sasaran mengekalkan pencapaian tiga pingat emas seperti di Paralimpik Rio 2016 tidak mustahil buat kontinjen ke Tokyo 2020. Ini pandangan bintang badminton para negara Cheah Liek Hou yang tetap merasakan skuad olahraga bakal memainkan peranan sebagai pemimpin aspirasi tersebut.
Daripada hampir berputih mata, skuad menembak negara tarik nafas lega. Mereka dapat meneruskan legasi penyertaan di temasya Olimpik menerusi peng-anugerahan slot wild pada saat akhir.
Olimpik Tokyo | Pemburuan emas acara berbasikal trek
Pemburuan pingat emas Olimpik dalam acara berbasikal trek bukan sahaja bersandarkan kepada kemahuan atlet. Tetapi juga terletak kepada strategi yang akan menentukan sama ada skuad negara berputih mata atau berdiri megah di podium. Ini perkongsian Olimpian Negara Rosman Alwi
Olimpik Tokyo 2020: Misi Farah Ann, Azizul Hasni Awang buru pingat buat negara
KUALA LUMPUR: Bahang Sukan Olimpik Tokyo 2020 kian terasa apabila sebilangan atlet negara telah menjejakkan kaki ke perkampungan Olimpik pada Ahad.
Walaupun, temasya sukan ini dilaksanakan lewat dari tarikh asalnya namun semangat juang atlet yang terlibat tidak pernah pudar demi meraih pingat buat Malaysia.
Semangat berkobar-kobar untuk mengharumkan nama negara dirasakan ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi yang berkongsi sesi latihan pertamanya di Tokyo dengan memaklumkan beliau masih mencuba untuk membiasakan diri dengan situasi di sana.
Olimpik Tokyo 2020: Dua pemain besbol Mexico positif COVID-19'
SEBANYAK 58 kes positif COVID-19 melibatkan atlet, kakitangan dan pegawai kejohanan sukan Olimpik Tokyo 2020 telah direkodkan sepanjang bulan ini.
Media antarabangsa melaporkan, Jawatankuasa Olimpik Tokyo 2020 mengesan kes positif itu sejak atlet dan pegawai mula berkumpul untuk temasya sukan tersebut.
Terbaharu, dua pemain besbol untuk kejohanan Sukan Olimpik dari Mexico disahkan positif COVID-19 ketika menjalani ujian saringan sebelum berlepas ke Tokyo, kata penganjur kejohanan.