View: 1848|Reply: 2
|
Fenomena swafoto dikaitkan gangguan mental
[Copy link]
|
|
Fenomena swafoto dikaitkan gangguan mental
Fenomena swafoto sering dikaitkan dengan mereka yang sering berkongsi ‘gambar atau foto’ mereka melalui media sosial. - Foto hiasan
FENOMENA swafoto berlaku di seluruh dunia pada semua peringkat umur. Pakar psikiatri seluruh dunia mengklasifikasikan swafoto sebagai satu 'gangguan mental' terutama yang mendatangkan kemudaratan.
Fenomena swafoto sering dikaitkan dengan mereka yang sering berkongsi 'gambar atau foto' mereka melalui media sosial. Ada perkongsian menarik dan ada juga tidak masuk akal.
Apabila perkongsian lebih kepada menunjuk-nunjuk sehingga terkesan kepada pengguna media sosial lain, ia dikira sebagai mereka yang boleh dikatakan mengalami 'gangguan mental'.
Kajian terbaru diterbitkan Psychology of Popular Media menimbulkan keraguan mengenai hubungan antara swafoto dan narsisisme.
Kajian itu mendapati pelajar kolej yang mendapat markah rendah pada tahap narsisisme, cenderung menyiarkan swafoto sama seperti mereka mendapat markah tinggi.
Erin A Koterba, seorang profesor bersekutu di University of Tampa, menjalankan kajian swafoto kerana minat beliau mempelajari perbuatan itu dan kaitannya dengan fungsi psikologi.
Puncanya, ia menjadi ciri utama masyarakat, sedangkan penyelidikan ketinggalan dalam usaha memahami mengapa orang melakukannya dan apakah sebenarnya dimahukan mereka yang disifatkan mental terganggu ini.
Kajian terhadap 276 pelajar kolej mendapati tidak ada perbezaan signifikan dilaporkan antara berapa banyak perkongsian swafoto oleh mereka yang tinggi tahap narsisisme dan mereka yang bertahap rendah.
Narsisisme nampaknya mempengaruhi jenis swafoto diambil. Pelajar tinggi narsisisme cenderung mengambil gambar swafoto yang hanya menampilkan diri mereka sendiri. Sungguhpun, ramai responden pelajar menawarkan alasan narsisis untuk berkongsi swafoto, penyelidik mendapati keinginan berkongsi dan berhubung dengan orang lain adalah motivasi yang kerap.
Ramai pelajar menyatakan berkongsi gambar swafoto sebahagian tugas mereka (misalnya, atlit yang ditaja) atau digunakan untuk meningkatkan harga diri.
Ramai cenderung berswafoto dengan kerap dan pelbagai jenis orang turut mengambilnya.
Ada menyatakan mereka yang mengambil swafoto mungkin lebih narsisis, tetapi kajian dijalankan Koterba menunjukkan itu tidak semestinya keseluruhan cerita.
Mereka yang tidak mendapat markah tinggi dalam ujian narsisisme, didapati mengambil swafoto. Menariknya, walaupun mereka cenderung menyenaraikan motif narsisis untuk mengambil gambar diri ketika ditanya contohnya: "Saya mengambil gambar swafoto kerana saya ingin menunjukkan bagaimana penampilan saya," terdengar cukup narsis.
Tafsiran terkini adalah swafoto hanya fenomena budaya baharu dan itu mungkin mekanisme untuk memudahkan penerokaan diri. Itu tidak semestinya bermaksud cara yang buruk atau tidak sesuai untuk fokus pada diri.
Koterba dan rakan penyelidik juga menemui perbezaan penting antara bagaimana wanita dan lelaki mengambil swafoto, kerana wanita lebih cenderung mengambil gambar dalam kumpulan berbanding bersendirian, sedangkan lelaki lebih cenderung mengambilnya secara sendirian.
Mereka percaya kemungkinan besar mencerminkan peranan gender yang mendalam. Kajian ini, seperti lain-lain penyelidikan, turut mempunyai batasan.
Sebahagian projek ini bersifat eksplorasi, termasuk penyelidikan motif individu untuk mengambil gambar diri sendiri.
Oleh itu, aspek ini memerlukan perhatian susulan. Cubaan untuk membongkar perbezaan jantina yang disebutkan di atas juga menjadi kajian penting untuk diteruskan.
Azizi Ahmad,
Pendidik
Sumber:https://www.bharian.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Mostly yg taksub dan perasan ni sume mmg selfish.. terasa diri tpaling |
|
|
|
|
|
|
|
Suka selfie dikatakan mental
Suka wefie pun dikatakan mental
Upload pic makanan pun kata mental
Tak upload, post apa2 pun dikatakan mental
Itu mental, ini mental. Semuanya mental. Haishhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|