CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 777|Reply: 1

Pelayar negara tumpu peluang rapatkan jurang

[Copy link]
Post time 29-7-2021 08:28 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Harapan untuk bersaing dalam pusingan perebutan pingat boleh dikatakan sudah tertutup buat dua atlet pelayaran negara, Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Shazrin Mohd Latif.
Walaupun masih berbaki dua aksi lagi esok, dua atlet pelayaran negara itu mengakhiri saingan pada hari ini di kedudukan yang kurang memuaskan.
Dalam perlumbaan ketujuh yang berlangsung di Enoshima Yacht Harbour, Khairulnizam yang turun bagi acara laser menamatkan saingan di kedudukan ke-26 sebelum mengakhiri saingan di tempat ke-28 bagi perlumbaan kelapan.
Selepas mengharungi lapan perlumbaan, Khairulnizam yang juga bekas pemenang pingat perak Sukan Asia berada di kedudukan ke-27 keseluruhan.
Hanya 10 pelayar teratas dalam carta kedudukan keseluruhan layak beraksi dalam perlumbaan penentuan pingat.
Sementara itu, Nur Shazrin pula ketika ini berada di kedudukan ke-28 keseluruhan acara laser radial selepas menamatkan perlumbaan ketujuh di tempat ke-27 dan ke-30 dalam perlumbaan kelapan.
Selain itu, saingan 470 international wanita, gandingan Nuraisyah Jamil-Juri Karimah Noor Jamali menamatkan saingan di tempat ke-17 bagi perlumbaan ketiga dan ke-20 perlumbaan keempat sekali gus menghuni tangga ke-18 keseluruhan.
Nuraisyah berharap dapat memperbaiki keputusan hari ini sehingga temasya berakhir dan menghasilkan keputusan yang boleh dibanggakan rakyat Malaysia.
Katanya, kelajuan angin mencecah 18 knot dan ombak setinggi dua meter menjadi cabaran di antara mereka dan pelayar dari Eropah.
"Saya sudah melakukan sedaya mampu, cuma perbezaan kelajuan pada upwind speed menjadi perbezaan besar.
"Esok dijangka dua lagi perlumbaan, jika keadaan sama, jurulatih sudah menggariskan beberapa panduan untuk merapatkan jurang pelayar handalan dunia dengan ada di antara mereka adalah juara dunia dan pemenang pingat Olimpik sebelum ini," katanya.
sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2021 08:29 PM | Show all posts

Aksi atlet pelayaran negara, Khairulnizam Mohd Afendy. FOTO Ihsan OCM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.123053 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list