View: 788|Reply: 1
|
Permulaan kurang baik buat Gavin di Olimplik Tokyo
[Copy link]
|
|
PERMULAAN kurang baik untuk pemain negara Gavin Green apabila sekadar berkongsi kedudukan ke-57 dalam saingan 60 pemain pada pusingan pertama acara golf Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Khamis.
Pusingan pembukaan di Kasumigaseki Country Club di sini yang tertunda selama dua jam berikutan cuaca kurang baik menyaksikan pemain berusia 27 tahun negara itu menamatkan saingan berkongsi dengan pemain Taiwan Pan Cheng-tsung selepas masing-masing melakukan 74 pukulan, tiga di atas par.
Pada sembilan lubang pertama, Gavin melakukan par berturut-turut di enam lubang sebelum menjatuhkan bogey di lubang berikutnya. Bagaimanapun berjaya membenam birdie pada par-5 lubang kelapan.
Namun dalam sembilan lubang berikutnya, Gavin hanya melakukan empat bogey dan satu birdie untuk menamatkan saingan melibatkan ramai pemain ternama dengan tiga di atas par, yang mana hanya 11 pemain menamatkan saingan di atas par-71.
Gavin menamatkan saingan di tempat ke-47 ketika acara golf kembali beraksi dalam Sukan Olimpik selepas 112 tahun di Rio 2016.
Pemain Austria Sepp Straka mempamerkan permainan hampir sempurna dengan membenam lapan birdie untuk memimpin saingan dengan 63 pukulan, lapan di bawah par untuk mengatasi dengan satu pukulan ke atas pemain Thailand, Jazz Janewattananond yang membuat penampilan kali pertama di Olimpik.
Sementara itu, pemain Belgium, Thomas Pieters dan Carlis Ortiz dari Mexico mengekori dengan dua pukulan di belakang Sepp dengan 65 pukulan, enam di bawah par.
Pusingan kedua acara golf akan berlangsung pada jam 7.30 pagi waktu tempatan (6.30 pagi waktu Malaysia) pada Jumaat. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... n-di-Olimplik-Tokyo
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gavin Green. - Foto Bernama
|
|
|
|
|
|
|
| |
|