CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1077|Reply: 5

Impian Hup Wei ke final musnah

[Copy link]
Post time 30-7-2021 11:57 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Harapan atlet lompat tinggi negara, Lee Hup Wei untuk mengintai slot ke peringkat final musnah selepas dia gagal melepasi ketinggian minimum 2.17 meter (m) di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, hari ini.
Kegagalan itu pastinya suatu pengakhiran yang cukup mengecewakan buat atlet berusia 34 tahun itu yang mungkin ini adalah pentas Olimpik terakhir buat dirinya selepas turut beraksi dalam dua temasya sama iaitu di Olimpik Beijing 2008 dan Olimpik London 2012.
Dia yang pada awalnya meletakkan sasaran untuk cuba layak ke final gagal melepasi ketinggian 2.17m itu bagi membolehkan dirinya beraksi di pusingan akhir.
Pada saingan yang berlangsung di Stadium Olimpik Tokyo itu, Hup Wei gagal melepasi ketinggian pertama yang ditetapkan dalam ketiga-tiga percubaannya sekali gus tidak dapat meneruskan cabaran.
Jaguh lompat tinggi negara itu seharusnya tidak berdepan masalah melepasi catatan awal berkenaan berdasarkan catatan peribadi terbaik dimilikinya 2.29m.
Untuk rekod, juara Asia 2007 itu layak ke Tokyo selepas menempatkan diri di ranking ke-23 Olahraga Dunia dengan 1,235 mata, sekali gus membolehkan Malaysia mempunyai wakil dalam acara lompat tinggi lelaki untuk empat edisi Olimpik berturut-turut sejak Beijing 2008.
Pada Beijing 2008, Hup Wei menamatkan saingan di tangga ke-32 selepas melepasi 2.20m manakala pada 2012, atlet kelahiran Kajang itu berakhir di kedudukan ke-27 dengan lompatan terbaik 2.16m.
Juara tiga kali Sukan SEA itu mencipta sejarah sebagai atlet Malaysia pertama layak ke final pada Kejohanan Olahraga Dunia pada 2019 di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha, Qatar, di mana beliau mencipta rekod peribadi 2.29m.
Hup Wei menamatkan saingan di tempat kelapan daripada 12 finalis pada saingan dunia itu.
sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2021 11:58 AM | Show all posts

HUP Wei gagal melepasi ketinggian pertama yang ditetapkan. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Apabila..pada hari pertandingan....segalanya tidak menjadi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2021 12:22 PM | Show all posts
Skuau replied at 30-7-2021 12:19 PM
Apabila..pada hari pertandingan....segalanya tidak menjadi...

itulah..jauh dari rekod peribadi dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tua dah..mcm mun yee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2021 12:56 PM | Show all posts
Covid19 replied at 30-7-2021 12:44 PM
Dah tua dah..mcm mun yee

pelapis ada tu,nauraj singh
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.057301 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list