Tokyo: Dua atlet trek dan padang Trinidad & Tobago diketepikan daripada Olimpik Tokyo selepas didapati positif Covid-19 di Perkampungan Sukan.
Atlet lompat jauh, Andwuelle Wright dan pelari lari berpagar 400 meter (m), Sparkle Ann McKnight dipindahkan ke hotel untuk menjalani proses kuarantin bersama jurulatih, Wendell Williams.
Ketiga-tiga mereka didapati positif virus itu, kata Jawatankuasa Olimpik Trinidad & Tobago di laman web badan induk itu.
Acara lompat jauh dan lari berpagar 400m akan bermula esok. Penganjur Olimpik Tokyo hari ini mengumumkan 27 kes positif berkaitan temasya sukan terbesar dunia itu sekali gus rekod kes tertinggi setakat ini.
sumber : HMetro
|