View: 6595|Reply: 47
|
Pingat Kontijen Malaysia - Olympic Tokyo 2020
[Copy link]
|
|
Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyingkirkan pasangan Indonesia dengan 17-21, 21-17 dan 21-14.
#AWANInews #AWANI745 |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
3
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Beregu lelaki akhiri kemarau pingat Malaysia di Tokyo
Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan pingat pertama kontinjen negara pada temasya Olimpik Tokyo kali ini selepas menewaskan gandingan handalan Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 17-21, 21-17, 21-14 pada penentuan pingat gangsa hari ini.
Pasangan negara itu layak diberi pujian selepas bangkit daripada tewas di set pertama untuk menewaskan lawan mereka yang mempunyai reputasi hebat selaku beregu kedua terbaik dunia.
Gangsa yang dimenangi itu menyelamatkan maruah skuad badminton negara pada edisi kali ini selepas wakil negara yang lain tumbang.
Bermakna skuad badminton negara juga meneruskan tradisi menyumbang pingat untuk kontinjen negara selama empat edisi Olimpik berturut-turut sejak Beijing 2008.
Pencapaian paling terbaik skuad badminton negara adalah memenangi tiga pingat perak lima tahun lalu di Rio 2016 menerusi jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei; beregu campuran; Chan Peng Soon-Goh Liu Ying serta beregu lelaki, Tan Wee Kiong-Goh V Shem.
Pada perlawanan hari ini, Aaron-Wooi Yik pada awalnya dilihat mampu memberikan saingan ke atas lawan mereka namun momentum itu gagal diteruskan sehinggalah tewas 17-21 di set pertama yang berakhir selama 17 minit.
Bagaimanapun mereka mempamerkan kebangkitan dan mula memperkemaskan rentak permainan di set kedua apabila memenangi perlawanan dengan keputusan 21-17 meskipun pada satu ketika ketinggalan.
Tewas kepada gandingan sama pada peringkat Kumpulan D sebelum ini, Aaron-Wooi Yik nyata tidak mahu mengulangi kekalahan itu apabila tenang memimpin saingan di set penentuan sebelum melakar kemenangan mutlak 21-14 pada perlawanan yang berlangsung selama 52 minit itu.
Ia juga adalah kemenangan kedua mereka ke atas Ahsan-Hendra sepanjang sembilan pertemuan selepas kali terakhir menumbangkan lawan mereka itu pada Terbuka China 2019. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wooohoooo!!!! 'if we dare to win...we should also dare to lose" kata2 inspirasi Dato LCW |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|