CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1539|Reply: 9

Dhabitah menangis bukan sebab gagal raih pingat

[Copy link]
Post time 1-8-2021 06:20 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Tangisan penerjun muda negara, Nur Dhabitah Sabri sebaik tamat dalam pusingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal individu, hari ini sudah cukup menggambarkan keperitan dan cabaran yang dilaluinya hingga mampu mencatatkan keputusan terbaik di Olimpik, Tokyo.
Dhabitah berkata, dia menangis bukan kerana gagal membawa pulang pingat namun lebih mengenangkan kesusahan yang dilalui apabila terpaksa berkorban demi memastikan kehadirannya di pentas Olimpik berbaloi.
Penerjun berusia 22 tahun itu berkata, dia hadir ke Olimpik dengan situasi yang agak 'suram' hingga hilang rasa keyakinan selain hampir putus harapan untuk beraksi cemerlang di temasya itu.
"Saya menangis bukan tak menang tapi berbangga dengan diri kerana sebelum ini agak susah hingga hilang keyakinan diri dan tidak yakin mampu beraksi di Olimpik.
"Malah, sebelum ke Olimpik Tokyo juga tidak pasti dengan diri namun dapat tempat keempat sememangnya bangga dengan diri.
"Kita sudah tidak hidup seperti dahulu dengan tak boleh luang masa bersama keluarga atau lepak keluar berjumpa rakan. Hanya duduk dalam gelembung sukan dan berlatih saja," katanya.
Terdahulu Dhabitah, hampir menghadiahkan kalungan pingat buat kontinjen negara apabila menduduki tempat keempat dalam pusingan akhir acara 3 m papan anjal individu wanita.
Walaupun gagal meraih pingat, pujian harus diberikan kepada penerjun muda negara terbabit apabila berjaya memberi amaran kepada peserta lain bahawa dia juga mampu menyinar.
Aksi yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo menyaksikan berusia 22 tahun itu berjaya mengumpul 326.15 mata untuk berada pada kedudukan ke empat daripada 12 atlet bertanding.
Sementara itu, Dhabitah berkata, dia tidak memikirkan sama ada mahu memenangi pingat kerana hanya mahu mempamerkan aksi terbaik dan mengharapkan peminat sukan tanah air terhibur dengan aksinya.
"Saya tidak memikirkan sama ada berada di tempat ketiga terbaik atau keenam kerana ketika itu hanya difikirkan mahu 'enjoy' terjunan dan buat yang terbaik," katanya.
sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2021 06:21 PM | Show all posts

AKSI Dhabitah hari ini. FOTO Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheols ni jenis muka tembam

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2021 06:40 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 1-8-2021 06:38 PM
Sheols ni jenis muka tembam

iya..nampak mcm berisi kan..tapi dulu meme dia berisi
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigihnye training ye. Dah la acara ni makanan geng china yg mmg ade strategi lahirkan pelapis sejak kecik lg. So Dabhitah ni kire hebat tau.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
iols tgk tadi.. mmg saingan sengit dr usa & china
kalau china tu ada 1 wakil je dabitah ni dh dpt gangsa dah.. syggg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2021 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
proud
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2021 07:30 PM | Show all posts

no.4 olimpik tu..meme bangga sgt..bukan senang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2021 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
xpdckelate replied at 1-8-2021 07:30 PM
no.4 olimpik tu..meme bangga sgt..bukan senang

yup...hebat dooh doh staro tuh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2021 07:33 PM | Show all posts
ciksaenara replied at 1-8-2021 07:32 PM
yup...hebat dooh doh staro tuh..

arrr mahming...sek kito jange pecoh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.047793 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list