Hungary: Sebastian Vettel hampir pasti kekal di Aston Martin bagi musim 2022. Seperti diketahui kontrak baharu bagi juara dunia empat kali untuk 2021 dan seterusnya membabitkan beberapa tahun, lanjutan pada 2022 sedang disusun di peringkat akhir. "Seb sememangnya gembira bersama kami," kata bos pasukan itu, Otmar Szafnauer di Hungary. "Dia enjoy berlumba semula dan ia adalah impian pertamanya. Boleh saya katakan kami mencapai perkembangan ini bersama dengannya." Usaha untuk meneruskan gandingan Vettel, 33, bersama anak pemilik pasukan Lawrence Stroll, Lance akan diumumkan secara rasmi, malah Szafnauer memberi bayangan ia akan dimaklumkan apabila tiba masanya kelak. Szafnauer tidak menafikannya, bahawa kontrak Vettel dijadualkan akan berlanjutan selepas 2021. "Saya percaya terdapat kekangan dalam kontrak, tetapi di peringkat atasan kami saya tidak begitu pasti," katanya. sumber : HMetro
|