View: 734|Reply: 1
|
Atlet wanita Belarus mohon suaka politik
[Copy link]
|
|
Moscow: Atlet Belarus di Tokyo 2020, Krystsina Tsimanouskaya yang mendakwa pasukannya cuba memaksanya meninggalkan Jepun, mungkin pergi ke Poland, kata suaminya kepada AFP, hari ini.
Malah, Arseny Zdanevich menyatakan dia sudah meninggalkan Belarus dan kini berada di ibu negara Ukraine, Kiev.
"Dia mungkin pergi ke Poland," kata Zdanevich. "Saya berharap dapat berjumpa isteri saya dalam masa terdekat."
Pelari pecut berusia 242 tahun itu menghabiskan semalaman di hotel di lapangan terbang di Jepun selepas meminta pegawai Tokyo 2020 membantunya mengelak daripada dipaksa menaiki Belarus pulang ke Belarus.
Dia sepatutnya bertanding di peringkat saringan 200 meter (m) wanita di Stadium Olimpik Tokyo, hari ini, tetapi sebaliknya menjadi mangsa ketegangan politik di negara itu yang menjejaskan masa depannya.
Zdanevich berkata, dia kini berada di Kiev selepas meninggalkan Belarus.
"Saya percaya, tidak selamat sekiranya saya terus berada di sana (Belarus)," kata jurulatih kecergasan berusia 25 tahun itu kepada AFP menerusi panggilan telefon.
Menurutnya, dia tidak bercakap dengan isterinya sejak pagi hari ini dan menyatakan dia pernah tinggal di Poland, sebelum ini.
Poland adalah antara beberapa negara yang menawarkan suaka kepada atlet berkenaan, selain Republik Czech dan Slovenia.
Jawatankuasa Olimpik Belarus, yang diuruskan oleh Viktor, iaitu anak kepada Presiden Alexander Lukashenko mendakwa atlet itu tidak berada pada tahap psikologi terbaik untuk terus berada di Tokyo 2020.
sumber : HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
ATLET Belarus, Krystsina Tsimanouskaya yang mendakwa dipaksa meninggalkan Jepun susulan perbalahan dalam pasukan di Tokyo 2020, bersama bagasinya di Kedutaan Poland di Tokyo, hari ini. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|