View: 908|Reply: 1
|
Allman bangga sumbang emas pertama olahraga AS
[Copy link]
|
|
Tokyo: Selepas acara trek dan padang memasuki hari keempat, Valarie Allman memberikan pingat emas pertama bagi skuad olahraga Amerika Syarikat (AS) di Tokyo 2020 apabila menang acara lempar cakera wanita, hari ini.
Atlet berusia 26 tahun itu menang emas menerusi catatan terbaiknya 68.98 meter manakala perak milik atlet Jerman, Kristin Pudenz (66.86m) dan Yaime Perez dari Cuba menang gangsa (65.72m).
Juara dunia dua kali, Sandra Perkovic dari Croatia sekadar menduduki tempat keempat.
Tetapi, atlet berusia 31 tahun itu tidak dapat menerima kekalahan itu apabila menangis dan menghempas botol ke atas meja sebelum menjerit dalam bahasa ibundanya.
Bagaimanapun, tiada yang dapat menafikan kegembiraan Valarie.
"Saya sangat bangga kerana ini adalah pingat emas pertama bagi skuad olahraga AS di Tokyo 2020," kata Valarie yang pencapaian terbaiknya sebelum ini sekadar tempat ketujuh Kejuaraan Dunia pada 2019.
"Ini adalah satu penghormatan, saya sangat gembira dan bangga. Saya masih menunggu kaki saya kembali berpijak ke tanah."
Kualiti acara itu terjejas berikutan hujan lebat melanda selepas pusingan kedua selama sejam.
Sandra adalah atlet trek dan padang terbaharu yang gagal mencipta sejarah dengan muncul juara Sukan Olimpik tiga kali berturut-turut dalam acara sama.
Sebelum ini, atlet Jamaica, Shelly-Ann Fraser-Pryce dan Valerie Adams dari New Zealand gagal melakukannya dalam acara 100m dan lontar peluru, selepas menang perak dan gangsa.
Atlet baling tukul besi Poland, Anita Wlodarczyk satu-satunya yang tinggal untuk memburu pingat emas ketiga berturut-turut, esok.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ATLET AS, Valarie Allman menang pingat emas acara lempar cakera wanita di Tokyo 2020, hari ini. FOTO EPA |
|
|
|
|
|
|
| |
|