CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 940|Reply: 1

'Ratu' angkat berat putih mata

[Copy link]
Post time 3-8-2021 06:05 PM | Show all posts |Read mode
Tokyo: Atlet transgender pertama yang menyertai Sukan Olimpik, Laurel Hubbard, 43, dari New Zealand gagal meraih sebarang pingat selepas tersingkir awal dalam acara angkat berat kategori super-heavyweight +87kg wanita di Tokyo semalam.

Laurel gagal dalam tiga percubaan snatch -- satu pada 120kg dan dua 125kg menyaksikan dia terkeluar dari saingan di Tokyo International Forum. Selepas percubaan terakhir, di melambai kepada penonton sebelum keluar dari pentas.

Pemegang rekod dunia dari China, Li Wenwen mencipta tiga rekod Olimpik untuk meraih emas. Perak dimenangi atlet Britain, Emily Jade Campbell manakala gangsa milik Sarah Elizabeth Robles dari Amerika Syarikat.

Laurel yang menukar jantinanya kepada wanita pada usia 30-an menyertai angkat berat selepas mematuhi garis panduan testosteron yang ditetapkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Ketika ditemu ramah wartawan, dia mengucapkan terima kasih kepada IOC dan Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa yang memberinya peluang bertanding di Tokyo.

"Sudah tentu, saya tidak pedulikan sangat kontroversi pembabitan saya di temasya ini,'' katanya.

Dia sebelum ini turut muncul atlet transgender pertama menyertai Sukan Komanwel pada 2018 dan meraih perak di Kejohanan Dunia 2017.

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2021 06:06 PM | Show all posts

AKSI Laurel cuba mengangkat bebanan 120kg. FOTO EPA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.050767 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list