View: 956|Reply: 1
|
Sena cipta sejarah tinju Jepun
[Copy link]
|
|
Tokyo: Sena Irie mencipta sejarah apabila muncul petinju pertama wanita Jepun yang meraih pingat emas Olimpik selepas menewaskan Nesthy Petecio dari Filipina hari ini.
Kekalahan itu amat mengecewakan Nesthy yang mahu menghadiahkan emas pertama Olimpik buat negaranya yang memang terkenal dengan jagoan tinju mereka.
Skor kad juri yang kini perlu dipamerkan selepas setiap pusingan bagi memastikan keputusan lebih telus menunjukkan Sena yang berusia 20 tahun mendahului lawannya selepas tamat pusingan pertama kategori featherweight.
Kedua-duanya mempamerkan pertarungan lebih terbuka di Arena Kokugikan yang kebiasaannya digunakan untuk sukan sumo.
Nesthy berusia 29 tahun yang juga juara dunia 2019 memenangi pusingan kedua. Namun pada pusingan ketiga, Sena berjaya mendominasi pertarungan dan akhirnya dinobatkan pemenang.
Dia meraikan kejayaan dengan meletakkan tangan ke mulut sambil mengalirkan air mata kegembiraan.
Bagaimanapun, Filipina masih berpeluang meraih emas apabila Carlo Paalam akan menentang seorang lagi pencabar dari Jepun, Ryomei Tanaka dalam aksi separuh akhir kategori flyweight, Khamis ini.
Paalam yang sudah pun memastikan sekurang-kurangnya gangsa dalam tangan menewaskan Shakhobidin Zoirov dari Uzbekistan pada suku akhir.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
GELAGAT Sena selepas diumumkan pemenang ketika menentang Nesthy. FOTO EPA |
|
|
|
|
|
|
| |
|