View: 789|Reply: 1
|
Gimnas kembar berlatih di garaj raih gangsa
[Copy link]
|
|
London: Gimnas kembar sensasi Britain, Jennifer dan Jessica Gadirova berlatih setiap hari di garaj dan di luar rumah mereka ketika pandemik koronavirus melanda demi kejayaan di Olimpik Tokyo.
Kedua-dua gimnas berusia 16 tahun itu yang menduduki peperiksaan GCSE beberapa minggu sebelum Olimpik meraih gangsa bersama Alice Kinsella, 20 dan Amelie Morgan, 18, sekali gus pingat pertama buat Britain dalam acara gimnastik berpasukan di Olimpik sejak 1928.
Guru dan jiran mereka berkata, pencapaian hebat kedua-dua gimnas ketika detik sukar wajar menjadi contoh kepada generasi muda yang lain.
Kedua-duanya yang tinggal di Aylesbury sukar menjalani latihan di gimnasium susulan penularan wabak Covid-19 menjadikan garaj dan pekarangan luar rumah sebagai tempat latihan.
"Sangat teruja menyaksikan bagaimana mereka menyesuaikan diri ketika pandemik. Belajar untuk GCSE di samping gigih menjalani latihan di garaj rumah mereka,'' kata Leanne Fuller, ketua guru di Akademi Vale Aylesbury, tempat gimnas kembar terbabit belajar.
"Melakukan itu semua dan kemudiannya memenangi pingat Olimpik sangat mengagumkan.''
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
JESSICA (kiri) dan Jennifer meraih gangsa gimnastik berpasukan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|