View: 993|Reply: 2
|
Giliran Azizulhasni, Shah Firdaus buru pingat
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Tampil bukan hanya sebagai 'pengacau', sebaliknya dua pelumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom dilihat berpotensi memenangi pingat di temasya Olimpik Tokyo 2020.
Ketika ini, boleh dikatakan dua pelumba negara itu mencuri tumpuan pesaing dari negara lain apabila tampil lebih meyakinkan terutama mereka berada pada prestasi optimum untuk menggenggam pingat buat negara.
Kedua-duanya memiliki rekod cemerlang dengan Azizulhasni meraih tempat pertama menerusi acara pecut individu di Kejohanan Trek Elit Victoria, Februari lalu.
Shah Firdaus pula memenangi pingat emas acara keirin lelaki Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia 2021 dan sudah pasti memberi amaran kepada peserta lain bahawa kehadiran mereka perlu diberi perhatian.
Malah, Teknologi basikal WXR dan sut perlumbaan baharu boleh dikatakan melengkapkan lagi kekuatan dua pelumba negara itu yang akan memulakan cabaran dalam acara berbasikal trek pecut individu, esok.
Azizulhasni, 33, yang bertanding kali keempat pada temasya Olimpik sejak 2008 berkata, dia mahu kekal tenang dan fokus kepada acara akan disertainya itu.
"Untuk edisi kali, saya rasa begitu tenang dan santai, itu yang paling penting.
"Daripada segi persiapan fizikal kami tahu sudah buat sehabis baik. Tapi apa membezakan ialah mental. Saya tenang macam kejohanan biasa saya pergi (sebelum ini).
"Mungkin perasaan itu disebabkan pengalaman yang diimba dalam tiga edisi Olimpik sebelum ini," katanya.
Sementara itu, Shah Firdaus mahu tampil lebih bersedia membabitkan fizikal dan mental seterusnya memberikan yang terbaik untuk negara.
"Di peringkat ini, saya lebih mengutamakan persediaan diri saya sepenuhnya dalam aspek pemulihan, tidur, latihan dan segera menyesuaikan diri dengan velodrom," katanya.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
AZIZULHASNI (kiri) dan Shah Firdaus bakal memulakan pemburuan pingat dalam acara berbasikal trek di Velodrom Izu di Tokyo 2020, bermula esok. FOTO Arkib NSTP. |
|
|
|
|
|
|
|
rocket man. moga dapat potong 5 tiang biar ternganga mat salleh tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|