View: 974|Reply: 1
|
Kelly tidak mahu faktor luaran rosakkan 'mood'
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Tampil dengan misi mahu melakukan kejutan dengan perbaiki rekod terdahulu menyebabkan pemain golf wanita negara, Kelly Tan tidak mahu faktor luaran merosakkan 'mood' pada pertandingan di Kasumigaseki Country Club, esok.
Bakal membuat penampilan kali kedua di pentas Olimpik selepas Rio 2016, Kelly berkata, ketika ini faktor luaran menyebabkan dia agak terganggu dalam usahanya melakukan persediaan rapi.
Katanya, perjalanan jauh dari perkampungan sukan ke gelanggang pertandingan dengan mengambil masa lebih tiga jam perjalanan menyebabkan fizikalnya kurang selesa.
"Ketika ini cabaran yang perlu dilalui adalah jarak tempat pertandingan dan penginapan saya agak jauh, sekali gus badan menjadi letih kerana melalui perjalanan dalam tempoh lama.
"Selain itu, leher saya ada sedikit sakit kerana agak susah untuk tidur mungkin disebabkan 'jet-lag' apabila terbang dari Amerika Syarikat (AS) ke Tokyo.
"Namun, semua masalah dan cabaran itu saya letak ke tepi kerana misi kali ini sudah tentu kalau boleh mahu memenangi pingat untuk negara," katanya.
Kelly layak beraksi di Tokyo 2020 selepas menduduki ranking ke-42 daripada 60 peserta dalam ranking Olimpik.
Persatuan Golf Malaysia (MGA) sebelum ini tidak meletakkan sebarang sasaran kepada Kelly serta pemain golf lelaki negara, Gavin Green.
Gavin sudah menamatkan kempen di Olimpik Tokyo 2020 dengan menduduki tempat ke-57.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KELLY duduki ranking ke-42 daripada 60 peserta dalam ranking Olimpik. FOTO Kelly Tan |
|
|
|
|
|
|
| |
|