View: 892|Reply: 1
|
Dua pelayar negara raih ilmu berharga di Tokyo 2020
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Dua pelayar negara, Juni Karimah Noor Jamali dan Nuraisyah Jamil menamatkan dua perlumbaan terakhir hari ini dengan aksi membanggakan, biarpun gagal layak dalam aksi penentuan pingat bagi acara International 470 wanita di Tokyo 2020.
Nyata aksi yang ditunda semalam memberi kelebihan buat pelayar muda negara itu untuk mencipta sensasi pada penampilan pertama mereka di pentas terbesar dunia itu.
Mereka menamatkan saingan perlumbaan kesembilan di tempat ke-17 dan berada di kedudukan ke-11 pada perlumbaan terakhir.
Keputusan itu menyaksikan mereka menamatkan acara itu di kedudukan ke-19 keseluruhan daripada 21 negara bertanding.
Hanya 10 peserta terbaik layak menyertai perlumbaan perebutan pingat, yang akan berlangsung di Enoshima, hari ini.
Juni Karimah berkata, dia bersama Aisyah tetap berpuas hati dan langsung tidak kecewa biarpun tidak menamatkan saingan di kedudukan 10 terbaik.
Menurutnya, ini kerana, mereka sedar dengan pengalaman kurang, peluang untuk menaiki podium adalah sukar berbanding pelayar antarabangsa lain terutama dari Eropah.
Katanya, dia bangga kerana pada usia 19 tahun sudah berjaya mengalas cabaran negara di pentas Olimpik dan itu satu pengalaman berharga bagi dirinya.
"Beraksi dalam acara pelayaran memerlukan pengalaman luas. Ia bukan satu sukan mudah, tapi saya tetap gembira.
"Memang kami tahu cabarannya, tetapi setiap atlet yang beraksi mahukan pingat, begitu juga kami. Kami sudah berikan yang terbaik untuk negara.
"Olimpik kali ini saya jadikan medan timba pengalaman dan pembakar semangat untuk digunakan di kejohanan lain selepas ini," katanya.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
DUA pelayar negara, Nuraisyah Jamil (kiri) dan Juni Karimah Noor Jamali pada dua perlumbaan pusingan terakhir acara pelayaran International 470 wanita di Tokyo 2020, hari ini. FOTO Bernama |
|
|
|
|
|
|
| |
|