View: 779|Reply: 1
|
Melaka janji ganjaran buat Aaron
[Copy link]
|
|
Melaka: Kerajaan negeri akan memberi insentif atas kejayaan Aaron Chia yang merangkul pingat gangsa dalam acara beregu badminton lelaki di Sukan Olimpik.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, mana-mana anak Melaka yang menyumbang apa-apa pingat akan diberikan ganjaran atas kejayaan mengharumkan nama negara.
Berita gembira itu disampaikan sendiri Sulaiman kepada atlet terbabit menerusi panggilan video kepada Aaron yang kini sedang menjalani kuarantin 14 hari sebelum kembali ke negeri berkenaan.
Katanya, dia berharap kejayaan terbabit menjadi pemangkin semangat kepada rakyat Melaka untuk melakar kejayaan dalam bidang diceburi.
Ucapan itu dikongsikan Sulaiman di akaun Facebooknya malam tadi selepas membuat panggilan video bersama anak kelahiran Melaka di kediamannya di Seri Bendahara.
"Sembang santai bersama Aaron turut membolehkan dia berkongsi cerita mengenai pengalaman beraksi di pentas Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Aaron yang baru tiba di tanah air jelas begitu ceria dalam perbualan santai antara kami berdua. Saya berharap dengan kejayaan dikecapi anak muda berasal dari Batu Berendam ini dapat menjadi pemangkin semangat orang Melaka khususnya dan anak muda di Malaysia untuk turut melakar kejayaan dalam pelbagai bidang diceburi," katanya.
Dalam masa sama beliau turut merakamkan ucapan tahniah terhadap Aaron dan gandingannya, Soh Wooi Yik kerana mengharumkan nama negara.
Malah, beliau gembira nama Melaka dibawa ke Jepun, sambil mendoakan kejayaan yang lebih besar dalam sukan berkenaan pada masa depan.
Semalam Aaron dan Wooi Yik bersama 31 atlet yang lain selamat pulang ke tanah air.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SULAIMAN ketika membuat panggilan video bersama Aaron. |
|
|
|
|
|
|
| |
|