View: 791|Reply: 1
|
Tetap pakai pelitup muka ketika beraksi
[Copy link]
|
|
Tokyo: Pasukan lelaki Brazil mahu mempertahankan pingat emas Olimpik acara bola tampar di Tokyo 2020.
Pasukan wanita mereka juga antara pilihan untuk memenangi emas pada temasya kali ini.
Namun paling mencuri tumpuan adalah ada antara barisan pemain kedua-dua pasukan Brazil itu tetap memakai pelitup muka ketika beraksi.
Tiga pemain Brazil dilihat memakai pelitup muka ketika beraksi, iaitu Lucas Satkamp dan Maurico Borges untuk pasukan lelaki dan Macris Carneiro untuk pasukan wanita.
Satkamp dan Carneiro kedua-duanya berkata, mereka mengambil keputusan memakai pelitup muka kerana masih bimbang dengan penularan wabak Covid-19.
Satkamp positif Covid-19 ketika isterinya sedang mengandung dan atas faktor itu dia terus berdisiplin memakainya meskipun sudah pulih sepenuhnya.
"Jika saya dijangkiti Covid-19, saya akan menghabiskan banyak masa dengan mengasingkan diri daripada anak-anak dan keluarga.
"Lagipun saya sudah biasa berlatih dan beraksi dengan memakai pelitup muka.
"Ia bukan sahaja untuk melindungi diri saya teapi juga rakan sepasukan lain. Saya tidak mahu dijangkiti virus itu lagi," katanya.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SATKAMP (tengah) tetap memakai pelitup muka. FOTO EPA |
|
|
|
|
|
|
| |
|