View: 836|Reply: 1
|
Axelsen selamba cakap Mandarin dengan Chong Wei
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Ramai tidak menyangka pemenang pingat emas badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020, Viktor Axelsen sebenarnya fasih berbahasa Mandarin.
Axelsen, 27, yang mengalahkan bintang China, Chen Long pada perlawanan penentuan pingat emas di Tokyo kelmarin, sering kali menjawab temu ramah dalam bahasa Mandarin kepada wartawan terutama dari Negara Tembok Besar.
Kisah pemain Denmark itu fasih berbahasa Mandarin bukannya baharu kerana dia pernah menjawab soalan wartawan China dalam bahasa itu selepas meraih pingat gangsa pada temasya Olimpik Rio 2016.
Namun sebaik dia muncul pemain pertama Eropah sejak 1996 menyekat dominasi Asia bagi memenangi emas Olimpik, tular kembali video perbualannya menerusi aplikasi IG Live dengan bekas jaguh dunia Datuk Lee Chong Wei.
Ramai warganet terkejut dengan perkembangan itu walaupun perbualan dua bintang badminton itu sekadar sembang kosong bertanyakan mengenai perkembangan Covid-19 dan raket baharu.
Perbualan singkat selama 45 saat itu difahamkan dirakam tahun lalu ketika Axelsen berada di kampung halamannya Odense.
Axelsen dan Chong Wei pernah bertemu sebanyak 14 kali sepanjang karier mereka dengan pemain Malaysia itu menang 11 daripadanya.
Dengan penguasaan bahasa Mandarin itu bermakna selain bahasa ibundanya bahasa Denmark, Axelsen fasih bertutur tiga bahasa termasuk bahasa Inggeris.
Selain bergiat dalam dunia badminton, Axelsen, juara dunia 2017 dan juara remaja dunia 2010, turut menjalankan perniagaan atas talian (online) VA Collection yang menjual barangan cenderahati seperti kemeja-T, topi (cap), rantai kunci (keychain) dan jam tangan.
Ramai juga mungkin sudah lupa Axelsen tewas di tangan pemain negara, Zulfadli Zulkiffli pada final Kejohanan Remaja Dunia 2011 di Taipei.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
AXELSEN bersama pingat emas Olimpik dimenanginya. FOTO EPA/ VIDEO Oh My Media |
|
|
|
|
|
|
| |
|