View: 829|Reply: 1
|
Pandelela layak ke separuh akhir, Jun Hoong kandas
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Harapan tinggi menggunung untuk menyaksikan dua penerjun negara layak ke separuh akhir, namun hanya Pandelela Rinong berjaya menempatkan diri dalam kalangan 18 penerjun terbaik dalam acara 10 meter (m) platform wanita individu di Pusat Akuatik Tokyo, hari ini.
Walaupun satu ketika keadaan agak cemas dengan persaingan sengit antara penerjun, pujian harus diberikan kepada Pandelela yang berjaya bangkit pada terjunan kelima untuk berada di kedudukan ke-18.
Pemenang pingat gangsa Olimpik London 2012 itu berjaya mengutip 284.90 mata, sekali gus berada pada senarai akhir peserta yang layak ke pusingan 18 terbaik.
Nasib berbeza menimpa seorang lagi penerjun negara, Cheong Jun Hoong apabila menduduki tangga ke-26 daripada 30 peserta, sekali gus gagal melayakkan diri dalam kelompok 18 terbaik.
Jun Hoong turun dengan reputasi sebagai bekas juara dunia gagal menepati ramalan layak ke pusingan seterusnya apabila memungut 251.80 mata sahaja.
Pada sesi kelayakan itu, China mendominasi kedudukan teratas menerusi Yuxi Chen dan rakannya Hongchan Quan dengan masing-masing mengutip 390.70 dan 364.45 mata.
Tempat ketiga milik penerjun dari Amerika Syarikat (AS) Delaney Schnell apabila berjaya mengutip 360.75 mata.
Pandelela akan meneruskan cabaran di separuh akhir, pagi esok sebelum 12 penerjun terbaik akan mara ke peringkat akhir di sebelah petang.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PENERJUN negara, Pandelela Rinong layak ke separuh akhir acara 10m platform individu wanita di Pusat Akuatik Tokyo, hari ini. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|