CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3453|Reply: 0

Tahun Baru atas gunung

[Copy link]
Post time 4-8-2021 07:00 PM | Show all posts |Read mode
Siti Aminah Zakaria
[email protected]




MESKIPUN ketinggiannya hanya 701 meter (m) dari paras laut namun Gunung Machincang tetap menjadi pilihan ramai kaki gunung kerana puncaknya menyajikan panorama yang cukup indah.
Selain itu, trek pendakiannya juga pelbagai iaitu laluan bertangga, berbatu dan menggunakan tali untuk menguji ketahanan fizikal serta mental pendaki
Tidak terkecuali sekumpulan pendaki daripada kelab Helang Tinggi Adventures yang turut mendaki gunung itu pada malam 31 Disember lalu sempena meraikan kedatangan Tahun Baharu 2021 dan menikmati keindahan matahari terbit.
Kumpulan 10 pendaki termasuk penulis diketuai jurupandu arah berpengalaman, Khairul Azim memulakan pendakian dari pintu masuk Air Terjun Telaga Tujuh pada jam 10 malam.
Permulaan trek, kami melalui 628 anak tangga menuju ke puncak air terjun Telaga Tujuh yg memakan masa lebih kurang 20minit.
Kami berkhemah di kawasan itu dan berehat sebentar sebelum menyambung pendakian.
Sekitar jam 3 pagi, kami dikejutkan Azim untuk bersiap bagi memulakan pendakian ke puncak.

KHAIRUL menunjukkan puncak gunung berhampiran.
PUAS hati dapat menawan puncak Gunung Machincang.Azim berulang kali mengingatkan penulis dan rakan lain supaya jangan terlalu lambat untuk bersiap memandangkan pendakian pada waktu malam perlu lebih berhati-hati dan tidak boleh terlalu laju bergerak.
Tepat jam 4 pagi, semua pendaki memulakan pendakian dan kami hanya membawa bekalan makanan serta lampu suluh sahaja bagi mengurangkan bebanan.
Langkah diatur penuh berwaspada kerana kawasan hutan gunung sememangnya menjadi habitat hidupan liar dan ada yang aktif pada waktu malam.
Permulaan trek landai seperti biasa sebelum pendaki melalui jambatan dan tiba di Kem Saintis.
Seterusnya pendaki akan melalui jambatan kedua, trek bertangga dan tiba di Kem Tok Ayah yang turut menyediakan kemudahan pondok rehat.

PERJALANAN turun.Selepas kem itu barulah trek pendakian mula mencanak dan menguji ketahanan fizikal pendaki sebelum tiba d puncak gunung.
Akhirnya, selepas lebih dua jam mendaki, kami semua berjaya tiba di puncak sewaktu jam menghampiri 7 pagi.
Penulis akui, pemandangan pada awal pagi sememangnya cukup indah dan kami juga berpeluang menikmati keindahan matahari terbit dari puncak gunung berkenaan.
Dari puncak, sayup kelihatan stesen kereta kabel yang berada di puncak gunung berhampiran.
Selepas bersarapan dan berehat menikmati pemandangan indah yang sayup mata memandang, kami bergerak turun pada jam 9 pagi.
Begitupun, kurang lengkap jika mendaki Gunung Machincang andai tidak singgah di Telaga Biru (Blue Pool).
Kami juga tidak melepaskan peluang dan singgah sebentar ketika dalam perjalanan turun.

ANTARA keunikan tumbuhan yang ditemui ketika pendakian.
TELAGA Biru destinasi yang wajib disinggah dalam perjalanan turun.Ia adalah destinasi wajib jika berkunjung ke kawasan pergunungan ini dan berbaloi untuk disinggahi kerana air kolamnya jernih berwarna biru-kebiruan yang menggamit kehadiran ramai.
Tidak hairanlah jika ia kini menjadi lokasi pilihan pelancong luar serta pengunjung tempatan untuk berkelah pada hujung minggu.
Jarak Telaga Biru ke Air Terjun Telaga Tujuh bagaimanapun tidaklah terlalu jauh iaitu hanya sekitar 20 minit perjalanan.
Selepas membersihkan diri serta mengemas barangan termasuk khemah yang ditinggalkan, kami mula bergerak turun dan selamat tiba di pintu masuk menjelang tengahari.
Walaupun ia hanyalah trip pendakian santai namun bagi penulis, ia masih menguji ketahanan fizikal dan mental pendaki.
Penulis dan rakan lain tidak jemu mendaki gunung ini kerana ia umpama tempat latihan yang paling sesuai sebelum mendaki ke gunung lain.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.666878 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list