View: 909|Reply: 1
|
Whittaker kesal masuk pingat dalam poket
[Copy link]
|
|
Tokyo: Petinju Britain, Ben Whittaker meminta maaf dan kesal di atas sikapnya ketika upacara penyampaian pingat, semalam.
Whittaker tewas tipis kepada lawan dari Cuba, Arlen Lopez dalam final kategori light-heavyweight di Arena Kokugikan dan tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya.
Ketika di atas podium, dia enggan mengalungkan pingat ke leher dan memegang seketika untuk tatapan jurugambar sebelum memasukkannya ke dalam poket.
Jaguh berusia 24 tahun itu kemudiannya menegaskan dia tidak berniat menyakiti atau tak menghormati sesiapa ketika berbuat demikian.
"Saya melakukannya untuk semua orang di tempat saya dan saya anggap ia satu kegagalan. Saya sepatutnya meletakkan pingat ini di leher dan kemudian senyum kerana ia bukan hanya untuk saya malah negara,'' kata Whittaker said.
"Ketika saya tewas ketika bermain Fifa dengan rakan, saya tak bercakap dengan mereka beberapa jam. Saya memang seperti itu sejak kanak-kanak. Jadi harap anda dapat terima yang saya tiada niat untuk tidak menghormati sesiapa.
"Saya bukan mahu menjejaskan kegembiraan Arlen tetapi kekalahan ini memalukan namun saya berterima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan membantu saya dalam sukan ini.''
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
WHITTAKER (kiri) enggan mengalungkan pingat ke lehernya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|