View: 879|Reply: 3
|
Olimpik cetus semangat atlet triatlon tertua di dunia
[Copy link]
|
|
Chiba: Hiromu Inada menyaksikan acara Sukan OIimpik dengan berharap dapat mempelajari sesuatu daripada atlet sebelum menyertai kejohanan Triatlon Dunia pada usia 90 tahun.
"Banyak perkara boleh dipelajari. Saya menerapkannya ketika latihan dan ia menjadi! Memang menyeronokkan," katanya hari ini.
Temasya di Tokyo dianjurkan dengan peraturan ketat bagi mengekang penularan pandemik koronavirus manakala penonton tidak dibenarkan menyaksikan kebanyakan acara tetapi tidk bagi Inada.
"Saya masih mempunyai masa menyaksikannya."
Inada yang akan berusia 89 tahun pada November depan tersenarai dalam Rekod Dunia Guinness sebagai lelaki tertua yang menyertai triatlon - sukan paling sukar membabitkan renang 3.86km, berbasikal 180.25 km dan maraton 42.2km.
Juara tiga kali pada peringkat usianya itu berkata dia mengambil video acara triatlon di Olimpik dan kemudiannya menganalisa pergerakan kaki dan bentuk tubuh atlet dan diterapkan dalam sesi latihannya.
Olimpik kali ini yang kedua Inada saksikan dengan yang terakhir pada 1964 ketika bandar itu kali pertama menganjurkan temasya.
sumber : HMetro
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
INADA bersama koleksi pingat dan kasutnya di Chiba. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
|
bangsa suka bersukan..apa da hal
|
|
|
|
|
|
|
| |
|