View: 905|Reply: 2
|
Pemain badminton China asyik mencarut
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Beregu wanita China, yang meraih pingat perak pada temasya Sukan Olimpik Tokyo, menjadi tumpuan hangat kerana asyik mencarut di gelanggang.
Mereka dilaporkan menjerit *f---* beberapa kali ketika mengatasi beregu Korea Selatan.
Media Korea Selatan mengutuk keras terhadap insiden itu, namun ramai pengguna media sosial Weibo menganggapnya kelakar.
Tidak hairan persatuan badminton Korea Selatan mengadu kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) kerana pemain China itu kerap mengeluarkan kata-kata yang mempunyai maksud sama dengan *f---* ketika perlawanan membabitkan kedua-dua negara.
CNN melaporkan kelmarin Chen Qingchen, pemain berusia 24 tahun, berkali-kali mencarut dalam bahasa Mandarin pada perlawanan peringkat kumpulan 27 Julai lalu yang disiarkan secara langsung di saluran televisyen Korea Selatan.
Qingchen dan gandingannya Jia Yifan kalah set pertama kepada Kim So Yeong dan Kong Hee Yong.
Ketika ketinggalan 0-1, Qingchen didengari menjerit perkataan itu, yang secara kasarnya sama maksud dengan *f---* dalam bahasa Inggeris.
Beregu China itu kemudian bangkit dan memenangi aksi itu dua set berbanding satu.
Namun bagi setiap mata dimenangi pada set kedua dan ketiga, kedua-dua Qingchen dan Yifan meraikannya dengan mencarut.
Tingkah laku itu mendapat kritikan pedas media Korea Selatan, yang menganggap ia sebagai tidak mempunyai semangat kesukanan.
CNN menyatakan persatuan badminton Korea Selatan turut akan mengusulkan bantahan rasmi kepada Persekutuan Badminton Dunia mengenai insiden itu.
Dalam reaksi terhadap kontroversi itu, Qingchen menjawab dalam Weibo, laman media sosial sama seperti Twitter, apa yang dilakukannya itu adalah sekadar untuk membangkitkan semangatnya berjuang di gelanggang.
Menariknya, Qingchen-Yifan turut menewaskan beregu Korea itu pada separuh akhir dua set terus sebelum tumpas pada perlawanan penentuan pingat emas di tangan beregu Indonesia, Greysia Polii-Apriyani Rahayu.
sumber : HMetro
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
QINCHEN dan Yifan dikatan sering mencarut dalam aksi beregu wanita Sukan Olimpik 2020 setiap kali memperoleh mata. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Haha info ni so funny. Saya mati-mati ingat dia jerit kata kata semangat. Masa dia lawan dengan beregu Korea QingChen ni suka memjerit kuat-kuat. Lepas jerit dia tepuk tepuk partner dia. Saya ingat macam dia jerit Yes! Kita berjaya! Fighting! Go Malaysia ke, takpun Ayuh- Ayuh, Kita Lawan Ke atau benda benda yang naikkan spirit. Rupanya dia mencarut haha. Tapi memang dia cakap kuat-kuat dengan penuh semangat. Ingat semangat kesukanan, terpedaya dan tertipunya saya yang buta Bahasa Cina. |
|
|
|
|
|
|
| |
|