View: 839|Reply: 1
|
Tiada istilah rehat buat Zii Jia
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Tiada istilah cuti buat pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia selepas tamatnya temasya Olimpik dengan pemain itu bakal berdepan jadual yang padat selepas ini.
Biarpun kekecewaan di pentas Olimpik masih lagi terasa namun pemburuan dan karier masih perlu diteruskan dengan juara Seluruh England itu mensasarkan Kejohanan Dunia yang akan berlangsung di Sepanyol dari 12 hingga 19 Disember ini selepas ini.
Kata Zii Jia, andai berjaya di Kejohanan Dunia itu ia memberi makna yang berbeza dan ia tidak sama seperti menang di pentas Olimpik.
Ini kerana hingga kini masih belum ada pemain badminton negara yang bergelar juara dunia dan dan menang emas di Olimpik.
"Kejohanan Dunia ini satu yang istimewa. Salah satu kejohanan paling besar antara semua kejohanan yang ada. Memang saya impikan untuk menang.
"Tapi kalau menang emas di Kejohanan Dunia ia tak sama dengan menang emas di Olimpik.
"Cuma kalau menang saya akan jadi yang pertama dan cipta sejarah sama juga jika menang di Olimpik," katanya.
Justeru pemain berusia 23 tahun itu optimis untuk melakarkan sesuatu yang berharga buat negara dan dirinya di Kejohanan Dunia itu nanti dengan dia sendiri dapat merasa bahawa mampu untuk melakukannya.
Mengulas mengenai perancangannya selepas ini, Zii Jia berkata, dia akan kembali semua ke gelanggang sejurus selepas tamat kuarantin dengan beberapa kejohanan penting akan menyusul.
Antaranya Piala Sudirman, Piala Thomas, Terbuka Denmark, Indonesia Masters dan Terbuka Indonesia justeru tiada istilah untuk bercuti buat dirinya.
Pada pentas Olimpik, Zii Jia tewas di pusingan kalah mati kepada pemenang pingat perak Olimpik Tokyo, Cheng Long yang dilihat jauh lebih berpengalaman.
sumber : Hmetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ZII Jia melakarkan sesuatu yang berharga buat negara dan dirinya di Kejohanan Dunia. FOTO Bernama |
|
|
|
|
|
|
| |
|