View: 810|Reply: 1
|
Emas Hongchan ubati ibu sakit
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Ada cerita menarik yang menjadi tular di media sosial susulan kejayaan penerjun cilik China, Quan Hongchan meraih pingat emas acara 10 meter platform wanita pada temasya Sukan Olimpik Tokyo, semalam.
Atlet berusia 14 tahun itu patut menjadi contoh terbaik kepada anak muda ketika dia menceburi sukan itu untuk merawat ibunya yang terlantar sakit.
Dilahirkan dalam keluarga miskin di Zhanjiang dalam wilayah Guandong, Hongchan menyedari sukan terjun mungkin mampu mengubah nasibnya dan dia tidak menoleh ke belakang sejak berjinak-jinak dengan acara itu tujuh tahun lalu.
Dia berlatih dengan gigih dan jurulatihnya mendedahkan ketika penerjun lain tidak tahan dengan latihan keras malah ada yang melarikan diri, Hongchan sering kali berlatih tanpa banyak rungutan.
Kerja keras itu membolehkan Hongchan, yang tidak terdedah dengan terjun lebih awal, untuk meraih keputusan membanggakan.
Pada 2018, Hongchan yang hanya berusia 11 tahun ketika itu, dipilih menganggotai skuad terjun wilayah Guangdong dan pantas mencipta nama.
Dia menang lapan pingat emas pada kejohanan terjun Guangdong bagi kategori 18 dan 19 tahun, sekali gus mencuri tumpuan pasukan kebangsaan.
Dalam tiga kejohanan kelayakan Olimpik, Hongchan menang dua emas dan satu gangsa.
Tidak dinafikan Fu Mingxia menjadi terkenal ketika berusia 14 tahun namun Hongchan hanya mengambil masa tujuh bulan selepas dipilih dalam skuad kebangsaan untuk layak ke Olimpik, satu pencapaian luar biasa dalam sejarah sukan terjun China.
Umum menyedari, lawan Hongchan adalah beberapa penerjun terbaik dunia termasuk juara dunia Chen Yuxi namun dia menggunakan sepenuh potensi dirinya untuk mengalahkan lawan.
Ketika itu, Hongchan turut memberikan alasan di sebalik hasratnya untuk terkenal dan berjaya disebabkan niatnya untuk memperbaiki taraf sosio-ekonomi keluarga, terutama untuk merawat ibunya yang terlantar sakit di rumah.
"Ibu memerlukan banyak wang untuk berjumpa doktor. Saya perlu bekerja keras untuk mencari wang jadi saya boleh menghantarnya untuk rawatan perubatan," kata Hongchan sebaik dia memenangi Kejohanan Terjun Kebangsaan China baru-baru ini.
Ibunya juga sebelum ini banyak berkorban mencari wang untuk menghantar anak perempuannya berlatih dan menyertai pertandingan.
Kini Hongchan sedar masa buatnya untuk membalas pengorbanan ibunya selama ini.
Hongchan mencuri tumpuan ketika acara akhir 10m platform di Tokyo semalam apabila juri memberikannya markah penuh 10 dalam laluan merangkul emas acara itu sekali gus mengalahkan rakan senegaranya Yuxi.
Penerjun negara, Pandelela Rinong berada di tangga ke-12 susulan markah teruk pada terjunan pertama.
sumber : Hmetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
HONGCHAN dilahirkan dalam keluarga miskin di Zhanjiang dalam wilayah Guandong. FOTO EPA |
|
|
|
|
|
|
| |
|