View: 4158|Reply: 35
|
Hidup Selama-lamanya Dengan Cryonics Institute
[Copy link]
|
|
Edited by AnnaSendin at 6-8-2021 06:09 PM
Mampukah manusia dan haiwan hidup selama-lamanya? Sebuah syarikat iaitu ALCOR Life Extension Foundation (Yayasan Pemanjanghayat ALCOR) yang berpengkalan di Scottsdale, Arizona, Amerika Syarikat mendakwa mampu merealisasikan impian sesiapa yang ingin hidup semula selepas mati atau memanjangkan jangka hayat mereka. Perkhidmatan ini juga termasuk menyimpan haiwan peliharaan yang telah mati. Syarikat yang mendakwa peneraju teknologi Cryonics telah menerima seramai lebih daripada 200 orang 'pesakit' setakat artikel ini ditulis. Pelanggan cuma perlu membayar USD 220 000 (RM 927520) untuk memelihara dan memulihara seluruh anggota badan dan USD 80 000 (RM337280) untuk kepala sahaja atau dipanggil sebagai neuro patient.
Menurut Linda Chamberlain, ahli ALCOR, dianggarkan 50-200 tahun ke hadapan, teknologi perubatan akan menjadi semakin maju dan memungkinkan manusia dan haiwan yang telah mati secara klinikal boleh dihidupkan semula. Pelanggan yang telah mati ini tidak digelar mayat sebaliknya 'pesakit'. Pesakit akan dirawat menggunakan teknologi cryonics untuk memastikan organ dalaman dan luaran mencapai tahap ketahanan dan kesihatan yang optimum.
Sebaik sahaja pesakit tiba, dia akan segera dibawa ke fasiliti Cryonics untuk distabilkan. Badannya akan disejukkan secepat mungkin dan melalui proses dipanggil Post-Death Life Support (Sokongan Hayat Selepas Kematian). Badan akan dimasukkan ke dalam beg berisi ais batu dan ais yang telah dikisar. Badan itu akan diintubasi untuk mengembalikan semula fungsi paru-paru serta menyalurkan oksigen ke dalam darah. Pam mekanik akan diletakkan di atas dada pesakit supaya darah akan dapat mengalir semula.
Kemudian, darah tadi akan dialirkan keluar dan digantikan dengan bahan kimia yang dipanggil cryoprotectent. Cryoprotectent ini berfungsi sebagai penurun suhu kepada badan pesakit yang disejukkan. Tujuannya adalah untuk mendapatkan suhu badan yang rendah tetapi mengelakkan anggota badan daripada menjadi beku. Tahap beku menyebabkan anggota badan menjadi rosak dan tidak boleh digunakan lagi.
Apabila 99% anggota badan telah diisi dengan cryoprotectent, badan pesakit akan disejukkan secara perlahan-lahan sehingga mencapai suhu -196 °C. Proses ini mengambil masa selama 6-12 jam. Akhirnya, badan pesakit akan disimpan di dalam sebuah tanki silinder stainless steel yang gergasi yang diisi dengan cecair nitrogen yang mengekalkan suhu yang rendah itu. Setiap tanki silinder gergasi yang dipanggil Dewar itu mengandungi 9 ruang; 4 ruang menempatkan pesakit yang menyimpan seluruh badan dan 5 ruang untuk menempatkan pesakit yang hanya mahu menyimpan kepala sahaja. Tanki ini sangat besar kerana ia mempunyai fungsi seakan termos, menghalang pengaliran udara atau apa-apa bahan masuk untuk menjaga badan pesakit. Tanki ini dijuga dikawal oleh komputer dan mempunyai penjana kuasa elektrik sebagai alternatif jika bilik itu putus bekalan elektrik.
Mengapa terdapat pesakit yang hanya ingin menyimpan kepala sahaja? Chamberlain yang juga menyimpan mayat mendiang suaminya iaitu Fred Chamberlain menyatakan bahawa selain daripada kos yang lebih murah dan menjimatkan ruang, otak adalah anggota terpenting untuk dipelihara dan dipulihara kerana kerana ia mengawal dan mencorakkan personaliti dan memori. Jika pesakit sudah 'sedar' setelah terdapat teknologi yang menghidupkan mereka semula, mereka akan dapat memuat turun segala memori dan personaliti dan tidak hilang identiti mereka yang lalu.
Cryonics mendapat pelbagai kritikan daripada pakar Neuroscience kerana kaedah itu masih dalam tempoh percubaan dan belum terbukti akan berhasil. Malah, tiada kaedah khusus untuk menghidupkan semula atau memelihara otak yang telah mati. Dan jika seseorang pesakit mati disebabkan oleh barah, tidak mungkin teknologi Cryonics ini menyebabkan pesakit hidup semula dengan keadaan sihat. Namun Chamberlain membidas hujahan tersebuat dengan menyatakan bahawa jantung dan paru-paru akan mati secara klinikal tanpa campur tangan pakar perubatan.
Kenneth Hayworth yang berkelulusan PhD dalam Neuroscience dan juga bekas ahli ALCOR menyatakan, teknik yang digunakan ALCOR boleh merosakkan anggota badan dan otak pesakit. Beliau juga menyatakan terdapat kaedah lain yang lebih baik untuk memelihara fungsi otak. Prof. Ken Miller dari University Colombia mengatakan bahawa beliau tidak optimistik terhadap kaedah yang digunakan ALCOR dan fungsi neuron yang kompleks adalah sukar difahami dan dieksploitasi. Satu yang perlu diambil berat adalah bilakah teknologi menghidupkan semula manusia dan haiwan akan muncul? ALCOR sendiri pun tiada jawapan terhadap soalan itu. Dan jika dunia sains dan perubatan tidak mencapai tahap tersebut walaupun 1000 tahun lagi, selama manakah ALCOR mampu menyimpan badan pesakit mereka? Adakah badan pesakit akan dilupuskan dan bayaran beratus ribu dollar terbazir begitu sahaja? Adakah ini salah satu bentuk 'scammer'? |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-8-2021 06:18 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by AnnaSendin at 6-8-2021 08:55 PM
Segala terjemahan nama kompeni dan kekdah rawatan ittuew iols tulis sendiri. Kalau hauk, iols menyusun sepuluh jari nan runcing sambil mengucapkan sowwieee |
|
|
|
|
|
|
|
Musti sakit sbb diaorg kuarkan darah pastu masuk bhn kimia....bile nak hidup blk masuk darah balik entah sndri @ tak...skali tuka darah lain sbb darah sndri dah merepot tetibe rupenyer darah pesakit covids... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-8-2021 08:35 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
namemysoul replied at 6-8-2021 06:53 PM
Musti sakit sbb diaorg kuarkan darah pastu masuk bhn kimia....bile nak hidup blk masuk darah balik e ...
Kobid atau hiv. Sheram noks! Yang simpan kepala ajer tu, entah dapat bodi sapalah agaknyer. |
|
|
|
|
|
|
|
Keluar benda tu masukkan benda ini dalam badan dah macam nak cipta robot tapi pakai badan manusia. Jiwa dah tak ada |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-8-2021 08:53 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Plain-tif replied at 6-8-2021 08:46 PM
Keluar benda tu masukkan benda ini dalam badan dah macam nak cipta robot tapi pakai badan manusia. J ...
Tatau lah apa jenis kekdah yang deols nak pakai. Pendapat iols yang marhaen inieyh, deols guna cip memori masuk dalam otak pesakit. Roh masih terawangan. Canner nak masukkan roh? Itulah spekkuan iols. |
|
|
|
|
|
|
|
AnnaSendin replied at 6-8-2021 08:53 PM
Tatau lah apa jenis kekdah yang deols nak pakai. Pendapat iols yang marhaen inieyh, deols guna cip ...
Mungkin kena clone kot.. entahlah haha |
|
|
|
|
|
|
|
AnnaSendin replied at 6-8-2021 08:53 PM
Tatau lah apa jenis kekdah yang deols nak pakai. Pendapat iols yang marhaen inieyh, deols guna cip ...
Jgn lupa plak satu lg jenis roh yg sentiasa menyesatkan anak cucu adam sbb jeles... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-8-2021 10:55 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
namemysoul replied at 6-8-2021 10:31 PM
Jgn lupa plak satu lg jenis roh yg sentiasa menyesatkan anak cucu adam sbb jeles...
Jin sukalah tuuew dapat masuk bodi kosong. |
|
|
|
|
|
|
|
Dajal yang akan hidupkan balik , tapi sebenarnya setan2 belaan dia menyamar jadi manusia yang dihidupkan.
Yang dah mati mmg akan kekal mati sehingga dibangkitkan kelak. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-8-2021 12:23 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
lavendernovella replied at 7-8-2021 12:21 AM
Dajal yang akan hidupkan balik , tapi sebenarnya setan2 belaan dia menyamar jadi manusia yang dihidu ...
Dats riite kaka. Banyak jarum2 halus ke arah ittuew. |
|
|
|
|
|
|
|
AnnaSendin replied at 7-8-2021 12:23 AM
Dats riite kaka. Banyak jarum2 halus ke arah ittuew.
Seram , lawan tak boleh, kena lari, asingkan diri. Beruntunglah orang2 yang terasing. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-8-2021 12:37 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
lavendernovella replied at 7-8-2021 12:25 AM
Seram , lawan tak boleh, kena lari, asingkan diri. Beruntunglah orang2 yang terasing.
Kena ikat diri. Iols takut kaka sebab iols bukan herlok sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
AnnaSendin replied at 7-8-2021 12:37 AM
Kena ikat diri. Iols takut kaka sebab iols bukan herlok sangat.
Samelah kiter... lompong sana sini.
Dah kiter2 terpilih hidup zaman ni , nak wat camner. So skg pelan2 iol belajar dengar al kahfi, lama2 nanti insyaAllah hafal. Selawat pun baru2 ni lah nak amalkan. Sikit2 lah lama2 jadi bukit. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-8-2021 12:54 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
lavendernovella replied at 7-8-2021 12:46 AM
Samelah kiter... lompong sana sini.
Dah kiter2 terpilih hidup zaman ni , nak wat camner. So sk ...
Insof iols kaka. Dapat tazkirah hari ni |
|
|
|
|
|
|
|
AnnaSendin replied at 7-8-2021 12:54 AM
Insof iols kaka. Dapat tazkirah hari ni
Tahun nilah pun baru nak start dgr ceramah kumpul ilmu sedikit sebyk. iol suka ceramah syeikh abu zaki al sanggafuri yang latest2. Mmg dia pesan mcm2 bab2 akhir zaman ni. Mcm2 perasaan ada.
Semoga dipermudahkan semuanya. |
|
|
|
|
|
|
|
X hairan pun mmg sbb selalu baca cara ni ialah salah satu cara utk preserve badan sebenar sekiranya nak guna human cloning as body substitute |
|
|
|
|
|
|
|
Benda pelek apa laa ko nak bt nie. Mnusia bila dah mati xkan idup balik dah.. mcm2 hal. Scary pon ada aq baca |
|
|
|
|
|
|
|
Klu tgk kat drama The 100, depa masuk cryonic masa hidup, bukan masa dah mati....
Lepas tu klu nak download memori dan personaliti pun masa hidup juga, simpan dalam thumbdrive...
Nak tukar badan, badan baru tu kena masih hidup, once masuk chip baru jadi...
Semua berlaku masa hidup, bukan dah mati...
|
|
|
|
|
|
|
|
Let say i preserve tu hidup semula sedangkan ahli keluarga semua dah mati, so hidup semula utk apa? Baik mati jer noksssd |
|
|
|
|
|
|
| |
|