|
Kuala Lumpur: Pemain golf wanita negara, Kelly Tan terus bergelut dalam usaha untuk memperbaiki kedudukan apabila menamatkan saingan di tempat ke-48 saingan individu wanita di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Pada pusingan ketiga yang berlangsung di Kasumigaseki Country Club menyaksikan pemain berusia 27 tahun negara itu menamatkan saingan itu dengan berkongsi kedudukan bersama dua pemain lain menerusi 72 pukulan, lima atas par.
Turut berada di kedudukan terbabit adalah pemain dari Switzerland
Kim Metraux dan Azahara Munoz mewakili Sepanyol.
Pada sembilan lubang pertama, Kelly melakukan dua bogey di lubang tiga dan lapan manakala hanya satu birdie di lubang pertama.
Pemain Amerika Syarikat (USA), Nelly Korda mempamerkan permainan agak baik dengan membenam tiga berdie untuk memimpin saingan menerusi 69 pukulan, 15 bawah par untuk mengatasi pemain India, Aditi Ashok di tempat kedua.
Sementara pemain Australia, Lydia Ko berada di tempat ketiga berkongsi kedudukan dengan tiga pesaing lain menerusi 66 pukulan, 10 bawah par.
Mengikut rekod, Kelly layak beraksi di Tokyo 2020 selepas menduduki ranking ke-42 daripada 60 peserta dalam ranking Olimpik.
Pusingan keempat acara golf akan bersambung esok pagi.
sumber : Hmetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
AKSI Kelly Tan hari ini. FOTO Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Hari ini dapat juga tengok kelibat Kelly yang memperbaiki catatan dan dapat tempat ke 33 tadi kan kalau tak silap. Lebih baik dari semalam. Well done Kelly! |
|
|
|
|
|
|
| |
|