View: 1183|Reply: 4
|
Nak menang pingat sampai termuntah
[Copy link]
|
|
Tokyo: Atlet Jepun, Masatora Kawano menunjukkan semangat luar biasa ketika cuba menamatkan perlumbaan acara jalan kaki 50 kilometer (km) selepas dilihat termuntah dan rebah di atas jalan.
Kawano berada dalam misi untuk memenangi pingat namun tiba-tiba dilihat termuntah dan rebah kerana sangat keletihan.
Dia dilihat sangat kecewa dan perjuangannya ketika itu tampak sudah berakhir.
Bagaimanapun Kawano berjaya bangkit semula dan meneruskan saingan itu meskipun menyedari impian untuk memenangi pingat sangat tipis.
Pengulas BBC berkata: "Nampaknya dia termuntah. Kasihan, nampaknya perjuangan Kawano sudah berakhir dan anda dapat saksikan dia sangat kecewa."
Atlet Jepun itu yang menjadi antara pilihan untuk memenangi pingat, akhirnya masih berjaya menamatkan perlumbaan dengan menduduki tempat keenam.
Bukan Kawano sahaja yang dilihat bergelut bersaing dalam cuaca panas dengan lebih 20 peratus peserta gagal menamatkan perlumbaan.
Atlet Poland, Dawid Tomala mendominasi acara itu apabila memenangi pingat emas dengan catatan 3 jam 50 minit 08 saat.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
REAKSI Masatora Kawano selepas melintasi garisan penamat. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Asal nmpk mcm emsem
Jarang aku ni muji stock muka2 indochina |
|
|
|
|
|
|
|
Fuhhh jalan kaki 50km??? Haha naik motor 50km pun rasa sakit punggung duduk lama-lama. Tapi ini lah the spirit of the game |
|
|
|
|
|
|
|
50km huhu 10km pun boleh pengsan 1 hari letih |
|
|
|
|
|
|
| |
|