View: 3993|Reply: 2
|
Rehat minda di resort tepi pantai
[Copy link]
|
|
ANTARA bilik yang ditawarkan di Damai Tioman kepada pengunjung untuk menikmati pemandangan indah dan kebiruan laut di pulau peranginan terkemuka itu.
Rehat minda di resort tepi pantai
DI Malaysia, terdapat banyak pulau peranginan yang menawarkan pemandangan indah dengan laut membiru seluas mata memandang serta pasir memutih bak salju.
Rata-rata pulau tersebut turut menyimpan khazanah terumbu karang dasar laut yang sangat menarik untuk diteroka.
Salah satu pulau peranginan yang menjadi tumpuan pelancong sama ada dari dalam dan luar negara adalah Pulau Tioman yang terletak dalam daerah Rompin, Pahang.
Pulau berkeluasan 39 kilometer (km) panjang dengan 12km lebar itu menawarkan keindahan alam
semula jadi sama ada di daratan mahupun dasar lautnya.
Justeru, tidak hairanlah pulau terletak 70km dari Jeti Mersing, Johor itu mampu menarik kehadiran pelancong seramai 30,000 hingga 50,000 sebulan.
Kehadiran pelawat dalam jumlah besar itu mendorong permintaan tinggi terhadap tempat
penginapan yang mampu menawarkan harga berpatutan serta lengkap dengan aktiviti.
Salah satu lokasi penginapan di pulau tersebut yang boleh dipertimbangkan adalah Resort Damai Tioman (Damai Tioman) yang terletak di Kampung Genting.
Pemilik Damai Tioman, Syed Rizalman Syed Abu Bakar berkata, resort itu menawarkan tempat
penginapan bajet kepada para pelawat yang datang ke Pulau Tioman.
“Saya mengambil alih resort ini sejak 12 tahun lalu sebelum dijenamakan, semula sebagai Damai Tioman. Bilik-bilik di resort kami berada sekitar lereng-lereng bukit di Kampung Genting.
“Salah satu kelebihan resort kamiadalah kedudukannya terletak betulbetul di tepi pantai,” katanya
ditemu bual Horizon baru-baru ini.
Resort yang mampu memuatkan 200 pelawat pada satu-satu masa itu menawarkan tiga jenis bilik iaitu Basic, Standard dan Deluxe.
Syed Rizalman memaklumkan, setiap bilik tersebut dilengkapi kemudahan serupa, namun yang membezakannya adalah keluasan ruang serta kedudukan.
“Semua bilik di sini dilengkapi Rehat minda di resort tepi pantai katil dan pendingin hawa, tetapi tidak ada televisyen kerana kami mahu pengunjung menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti bersama
keluarga serta rakan-rakan.
“Setiap bilik sama diperbuat daripada kayu dan yang membezakannya adalah saiz dan kedudukan.
“Misalnya, bilik Deluxe mampu memuatkan seramai empat orang dan berada betul-betul di tepi pantai.
Berbeza dengan bilik Basic dan Standard yang lebih kecil dan terletak di lereng bukit,” katanya.
BERSANTAI di restoran yang terletak berhampiran pantai memberikan ketenangan jiwa dan minda jauh daripada kesibukan ketika berada di bandar.
Menariknya, Damai Resort juga dilengkapi dengan sebuah restoran yang menyajikan sajian makanan laut, sebuah bilik mesyuarat, pusat menyelam dan kemudahan WiFi.
Tidak lengkap berkunjung ke Pulau Tioman sekiranya tidak melakukan aktiviti penjelajahan pulau ke beberapa lokasi ikonik di kawasan sekitar.
Ujar Syed Rizalman, pihaknya menawarkan pakej penjelajahan pulau selama 10 jam ke beberapa lokasi terpilih termasuk aktiviti snorkeling pada harga serendah RM120 seorang.
“Pakej penjelajahan pulau ini membawa pelawat ke tempat tumpuan di Tioman seperti kedai bebas cukai di Kampung Tekek, Taman Laut, Dataran Tiong, Muzium Laut dan Pulau Regis.
“Pulau Regis merupakan tempat snorkeling popular di Tioman. Di sini terdapat banyak terumbu karang dan ikan berwarna-warni. Jika bernasib baik boleh tengok penyu,” katanya.
Syed Rizalman memaklumkan, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak akhir tahun
lalu menjadikan air laut di situ semakin jernih.
“Sepanjang PKP ini, saya tengok air laut jernih lain macam. Terumbu karang yang rosak juga kembali tumbuh.
“Saya sarankan kepada mereka yang ingin bercuti ke Tioman supaya datang segera selepas PKP tamat. Ia waktu terbaik kerana pencemaran masih minimum ketika itu,” katanya.
Dia berkata, pihaknya juga menawarkan pakej kepada mereka yang ingin meneroka puncak tertinggi di Pulau Tioman iaitu Gunung Kajang berketinggian 1,038 meter dari aras laut.
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Lamanya dah tak datang Tioman.
Kg Genting ni meriah tak? I 2 kali datang duduk Tekek. Tu pun malam2 boring takde apa boleh buat. Yelah mmg datang pulau gitu lah kan konsepnya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|